Khamis, 21 Julai 2011

SITE VISIT....

-lamanya tidak berkesempatan utk membuat lawatan tapak disini... dah berbulan2 rasanya... alhamdulillah, akak dh pun mula bekerja semula...

-Sejak mempunyai 3 heroin ni terasa beban kerja yg bertambah2 sejak memulakan keje ni... x cukup tu ditambah pulak dgn hal2 peribadi yg sedikit sebanyak menganggu-gugat emosi akak untuk mencurahkan idea...

-Ala, lautan mana x bergelora,bumi yg mana x ditimpa hujan batu... sesekali dalam hidup kita ni, tuhan bagi ujian kat kita..tanda Dia sayang kepada hamba-Nya...

- Sedih mmg sedih dik non... tp sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Apapun kesilapan itu kita jadikan suatu sempadan dan juga pengajaran....

Tak mampu untuk menambahkan idea kerana otak mula tepu..kerana oksigen semakin mengurang...perlukan rehat sebentar... ok... jumpa lagi yea... nnt ada masak akak letak resepi lain ye dik non...

Khamis, 26 Mei 2011

JOM MAIN MASAK2 : CHAR KUEY TEOW..

Yeepiii… musim berpantang telah pun berlalu… ahakss.. moh kite cerite pasei makan pulok…
Kali ni aku nak letak resepi char kuey teow la pulak… kuey teow adalah feberet aku..tak kiralah masak macamana pun.. tapi aku paling suka kalau kuey teow kerang yang dimasak dengan api besar tu. Dulu masa aku memula kerja kat NS, aku telah diperkenalkan oleh kengkawan sebuah restoran cina yang halal. Nama restoran tu RESTORAN HAPPY. Kat situ ada satu stall yang menjual kuey teow kerang yang sangat best. Tapi sekarang tempat tu dah menjadi kenangan je sebab restoran dah tutup.
Akceli, once upon the time, aku letak gambar char kuey teow yang aku masak tu kat dalam fesebuk.. pastu letak pulok gambor budok yang memang hobi dia makan. Memang nampk merioh lee..hahaha.. Budok tu pun memang sejak kecik aku dah sogok dia makan kuey teow… sebab tu dia jadi hantu kuey teow..
Pastu ada lah kengkawan yang nok mintok resepi… udoh aku bagi tapi aku tak buat molek2..payoh pulok kawan aku nok paham.. maka aku gagahkan diri menaip resepi tersebut untuk ditempekkan ke dalam blog..
Ini char kuey teow cara aku lah.. biasalah bak kate omputih practice makes prefect.

char kuey teow....

budak ni memang dia suka makan..hehehe

CHAR KUEY TEOW
Bahan-bahan
1 bungkus kuey teow
15 ekor udang
Sedikit isi kerang ( sekiranya ada)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Sedikit sos tiram
Kicap manis secukupnya
Bahan perasa : garam,gula dan ajinomoto/stok ayam (kalau ikut aku, guna secukup rasa)
Sedikit daun kucai
Taugeh ( dalam 2 genggam )
2 @ 3 sudu besar Cili boh/cili kering
Minyak untuk menumis

Cara memasak :
1.    Ambil 2,3 ekor udang, buang kepala dan kulitnya. ( udang yang selebihnya itu cuma buang kepala sahaja.
2.            Kisar bawang putih dan bawang besar bersama dengan udang yang telah dibuang kulit tadi (isi udang)
3.           Panaskan kuali dan bubuh sedikit minyak. Gorengkan seketika udang sehingga kulit bertukar merah         kemudian angkat. Ketepikan.
4.       Tumis bahan yang telah dikisar. Masukkan sekali cili boh. Pastikan ianya ditumis sehingga betul-betul masak.
-          ( Kulit dan kepala udang jangan dibuang. Kisar bersama dengan sedikit air. Tapis air tersebut dan masukkan sekali dengan bahan tumisan tersebut. )
5.       Tambah sedikit air . Tetapi sekiranya air kulit udang tersebut telah banyak tidak perlu menambah air. Biarkan sehingga mendidih.
6.       Masukkan sedikit sos tiram dan juga kicap manis. Tidak lupa udang yang telah siap digoreng tadi serta kerang.
7.       Tambahkan bahan perasa secukupnya garam,gula dan ajinomoto.
8.       Kemudian masukkan pula kuey teow dan daun kucai. Kacau seketika.
9.       Masukkan telur dan kacau-kacaukan.
10.   Akhir sekali masukkan pula taugeh. Kacau rata dan tutup api. Ini untuk mengelakkan taugeh menjadi lembik.

Extra tip :
1.       Kita juga boleh membuat pes terlebih dahulu. Iaitu dengan menumis bawang besar,bawang putih,cili boh dan isi udang(dikisar) serta air kulit udang terlebih dahulu. Kenapa hendak buat pes?? Seperti yang sedia maklum konsep char kuey teow ini di masak dengan cepat dan terus makan  Kuey teow yang dimasak berair itu mudah kembang. Sekiranya kita ingin menjimatkan masa pes boleh dibuat terlebih dahulu. Kemudian kita boleh memasak mengikut kuantiti berapa orang yang mahu dalam suatu masa. Penggunaan isi udang dan air kulit udang tersebut aku perolehi ketika membaca suatu ruangan dalam internet tentang cara-cara membuat sos char kuey teow.
2.       Jangan masukkan udang atau kerang terlalu lama kerana ini akan menjejaskan rasa udang atau kerang tersebut.
3.       Untuk membuat cili jeruk pula. Sama macam kita makan kat kedai tu,,, caranya :
c
a.       Beberapa biji cili hijau dihiris –
b.      Cuka makan secukupnya
c.       Gula secukupnya
d.      Masukkan cuka dan gula di dalam periuk. Didihkan di atas api kemudian masukkan pula hirisan cili tersebut. Biarkan sehingga cili nampak layu dan tutup api.

Ok lah, Kepada yang berminat selamat mencuba. Untuk pengetahuan, aku pun bukanlah kali pertama memasak char kuey teow ni terus perfect. Berkali-kali juga. Insya-allah, lelama kita sendiri  dapat untuk menjadi masakan itu lebih sedap rasanya mengikut citarasa yang dikehendaki.

               
      
     

Isnin, 23 Mei 2011

SIBUKKAH AKU????




Sibukkah aku?? Jawapannya sudah pasti aku sentiasa sibuk...
bertambahnya seorang lagi keluarga menyebabkan kesibukan semakin bertambah...
tapi dalam sibuk-sibuk aku sempat lagi lah aku menyibukkan diri dgn fesbuk...hehehe..
yg tu paling senang nak meng'update' satatus terkini.... 
Semenjak menjadi surirumah selama 3 bulan ni memang dunia aku disibukkan 
dengan kerja-kerja dirumah yang tidak pernah habis-habis...


budak tecik ni pun dah berumur 1 bulan 20 hr ketika entry ini dibuat... 
dah mula pandai meragam skit2..
pantang aku bergerak mula uk ek..uk ek..
hobi dia bergayut je... kalo boleh nak melekap je ngan aku..
parah kalo aku dh masuk keje nanti..
tp setakat ni dia memang tak banyak ragam langsung...
setakat menangis sikit-sikit tu biasalah..


ini kakak.. tahun ni dah nak masuk 6 tahun.. 
dia memang xcited dengan adik baby...
walaupun dia dah faham
 tapi adamasanya dia buat-buat tak faham. 
pantang lepa skit ada je kerjanya nak mengerjakan si kecik ni...



ini pulak kak ya.. umur kak ya dah masuk 4 tahun lebih dah... 
kira tahap dah puas lah jadi baby ibu..
so faham-faham ajelah bila status anak bongsu
telah bertukar...
walaupun menyayangi adik baby tapi dialah kaki buli no.1
memacam benda dia buat kat si kecik..
tahap baran naga berapi aku bila dia meletakkan bantal LOVE
ke atas muka si kecik...
lain-lain hal toksah cakap..
kadang-kadang disumbatnya jari dia dalam mulut si kecik..
bila hamba allah ni menyonyot je dia tergelak-gelak..
memang dia ni tak boleh lepa...ada je kerjanya...
sekalipun dia dah mempunyai adik dia tetap membahasakan dirinya
sebagai 'ADIK:.....



3 Bunga Di Hati Ibu....
Biarpun masih belum memiliki seorang pun si bujang senang..
tapi alhamdulillah, aku bersyukur kerana
aku diberikan zuriat yang sihat dan sempurna segalanya...
Bunga2 ini penyeri hidup aku..
Bunga2 inilah racun aku...
Bunga2 ini jugalah segala-galanya untuk aku....
Bunga2 inilah membuatkan dunia aku menjadi sibuk....
Bunga2 ini lebih takut melihat airmata aku 
berbanding dengan leteran dan juga kemarahan aku..
walaupun mereka masih kecil tapi 
setiap titik airmata aku amat difahami oleh anak2 ini..

Biarpun kepenatan itu terasa berganda, tapi aku menganggap itu sebahagian daripada tanggungjawab aku terhadap amanah yang telah Allah kurniakan kepada aku...

Khamis, 19 Mei 2011

SELAMAT HARI IBU.. (biarpun dh terlewat)


Bulan mei tiba kembali.. dah pertengahan pun.. aku pulak baru berkesempatan untuk menulis. Sibuk sangat kah aku?? Nanti bila berkesempatan aku akan tulis tentang ‘kesibukan’ aku itu…

Mungkin sedikit terlambat kot.. orang lain dah pung pang-pung pang tentang sambutan hari ibu… tp tak pe la.. aku tetap ucapkan selamat hari ibu untuk semua yang bergelar ibu, emak, mama,mummy,amma, ummi dsb. Kerana kita semua ada seorang ibu.





 Saat yang paling manis aku rasakan ketika kemeriahan sambutan hari ibu ini bila aku menjadi salah seorang finalis Hari Ibu anjuran harian metro. Kalau tak silap aku pada tahun 2008. Aku pun tidak menyangka kerana aku menulis tentang ibu tanpa mengharapkan kemenangan. Mungkin juga rezeki aku pada tahun itu. Harian Metro mengadakan majlis Hi-Tea di Hotel Nikko. Pemenang utama setiap kategori akan diumumkan semasa majlis berlangsung. Malangnya emak aku tidak berjaya menjadi pemenang untuk kategori Ibu Tunggal. Tapi hadiah yang diterima agak berbaloi jugalah bagi penyertaan aku yang sekadar suka-suka ketika itu. Barangan Secret Garden bernilai rm100, set barangan Avon dan juga Baucer membeli-belah di Tesco bernilai RM1500. Dengan Baucer itu aku dapat membelikan beberapa peralatan elektrik untuk kegunaan emak di kampung. Antaranya ketuhar elektrik, Hand Mixer, Blender, Radio, Toaster, Tv (ketika itu digunakan oleh adik aku) dan juga Mesin jahit elektrik (kononnya untuk aku belajar menjahit).. Ketika ini seme yang konon2 diguna oleh kami itu telah pun dihantar ke kampung semula.
Sebenarnya pada tahun ini, aku memang ada menulis juga untuk peraduan yang sama bersama sedikit harapan. Harapan agar menjadi pemenang.. Tapi entahlah ye.. kadang-kadang bila kita mengharap perkara tersebut mungkin tidak menjadi. Doa2kan saya berjaya ye..tapi kalau dah terlepas keputusannya melepaslah nampak gayanya.. L
Ketika ini sebagai seorang anak, aku diuji dengan kesihatan emak. Selepas diuji dengan kanser endotrium, kini buah pinggang emak pula semakin lemah dan hamper gagal berfungsi.. Ya Allah banyaknya ujian Kau hadirkan untuk ibuku…
Dan sebagai seorang ibu pula aku sedang melalui suatu proses yang mana suatu ketika dahulu dilalui oleh emak aku.. iaitu proses mendidik dan membesarkan anak-anak.. Ujiannya juga besar.. kalau aku gagal mendidik dan mencorak mereka mungkin akan berlaku kepincangan setelah mereka dewasa. Aku bukanlah manusia yang terlalu mementingkan kesempurnaan.. Cuma aku mahu apa yang aku sampaikan kepada anak-anak itu mampu menjadi sedikit panduan kepada mereka suatu hari nanti. Mungkin ketika ini mereka bosan mendengar leteran aku… tapi percayalah anak-anak ibu, leteran ibu bukan bermakna ibu tidak menyayangi kalian. Tapi ibu mahu kalian menjadi anak-anak yang berguna. Seperti mana suatu ketika dahulu ibu mendengar leteran daripada ‘tok’ dan ‘moyang’ kalian….


Selasa, 12 April 2011

BERPANTANG

Kali ni aku berpantang sendiri aje... maknanya aku tidak balik ke kampung seperti mana ketika bersalinkn kakak dan kak yaya dahulu..

Mak aku pun cuma seminggu je berada di rumah aku. Aku pun faham dia pun ada tanggungjawab tersendiri dan juga masalah kesihatan. Kalaupun dia duduk jaga aku ,dia tak menang tangan nak kene buat itu ini. Kesian jugak aku menengoknya. Dia tolong jaga aku untuk tempoh seminggu tu pun dah kira ok dah.. Sekarang mak aku dah pun balik ke kampung.

Alhamdulillah... hari ni dah masuk hari ke 12 aku berpantang.. dan sudah 3 hari aku berpantang bersendirian.. Time hubby aku ngan kakak serta kak ya pi sekolah aku tinggal ngan baby aje... Aku masak sendiri je..ala masak simple je.. menu orang berpantang bukan susah payah bangat... kadang2 aku buat sup ikan.. kadang2 ikan bakar.. pastu ulam pegaga.. tak pun sup lobak putih... itu aje... tak susah le..setengah jam pun da masak..  dan seperti sedia maklum le aku ni mmg susah nak duduk diam... mak aku pn tak kuasa nak  membebel dah.. tangan aku ni gatal je nak buat itu ini... huhuhu.... mintak2 tidaklah sampai memudaratkan kesihatan aku... aku serabut kalo tengok kain baju ke sampah ke bersepah2 mula le aku nak menyapu la.. nak mengemop la.. gatal2.. tapi aku tak le buat seme tu serentak.. aku buat skit2 laaa...

Baby yuna ( awal2 lagi dah dpt nickname yuna... ini makcik2 nya le nak mergekan sama ngan yoyo n yaya ) tidak lah meragam.. dia cuma merengek sikit kalau nk menyusu atau pun dia membuang air besar.. selebihnya dia tido... Baby Yuna jugak tak lah kuat sangat juandisnya.. nurse cuma nasihatkan teruskan penyusuan sahaja.. memang baby Yuna kuat  menyusu.. kalau sebelah malam lagi lah dia kuat menyusu... Adoii... camner lah aku nak mendiet kalau asyik lapar jew...sabor je laaa...

Oklah..jam dah pun menunjukkan ke angka 12 tghari... aku nak makan plak..  jumpa lagi.... Menu tengahari ni : ikan goreng + halia+ bawang putih+ lada hitam + pegaga...

SELAMAT SUDAH....

Bismillahhiramanirrahim... Al-hamdulillah, aku telah pun selamat melahirkan buah hati yang ke 3 pada 3hb April 2011 yang lalu. Baby girl lagi.. tak pe lah dah itu rezekinya, aku dan hubby terima dengan senang hati di atas anugerah ini yang tidak ternilai ni. yang penting dia lahir selamat, sihat dan sempurna.
Di sini aku nak kongsikan pengalaman melahirkan bb NNQ yang ketiga..


NURUL NASRIN QASHRINA.. beberapa jam selepas dilahirkan..

02/04/2011 ~  Hari ini aku perlu di admit ke wad sepertimana yang diarahkan oleh doktor sekiranya aku masih belum bersalin. Ini kerana aku tidak dibenarkan bersalin melebihi due date yang sebenar berikutan aku mempunyai masalah tekanan darah tinggi serta gula tinggi. Walaupun usia kandungan sudah mencecah ke 40 minggu tapi masih belum ada tanda-tanda untuk aku bersalin. Walaupun ketika itu keadaan aku benar-benar sudah sarat.

Setelah puas bersantai dan berkemas apa yang patut, hampir ke tengahari barulah kami bertolak ke hospital. Mak dan anak-anak aku semuanya ikut sama. Aku dan hubby memilih Hospital Ampang. Secara jujurnya, aku sebenarnya memang tidak dapat mengagak bagaimana situasi di hospital tersebut. Baik buruknya memang aku tidak tahu. Pendek kata, aku hanya bertawakal sahaja semoga segala urusan aku di hospital nanti dipermudahkan.

Hospital Ampang memang terlalu asing buat aku. Lebih kurang pukul 2 petang, kami sampai di sana. Untuk memudahkan kerja, tentu sahaja kami bertanya kepada pengawal keselamatan yang bertugas. Aku disuruh ke Wad Ginekologi dan Onkologi di tingkat 4. Malangnya kanak-kanak tidak boleh naik ke wad. Tepaksalah emak menunggu adik dan kakak di lobi hospital. Kesian diorang...

Di tingkat 4, kami juga bertanya dengan pengawal keselamatan yang bertugas. Namun masalah mula timbul apabila diorang tidak begitu memahami tujuan aku ke situ. Selepas berkali ditunjuk ke sana dan ke mari, hubby aku mula tidak senang dengan situasi tersebut. Tahap baran beliau mula menyerlah menyebabkan salah seorang pengawal keselamatan di situ terpaksa menadah telinga menahan bebelan daripada hubby aku. Nasib baik dia tidak memanjangkan keadaan dengan memberitahu staff yang bertugas di Dewan Bersalin. Kami dipanggil masuk. Aku menerangkan pada staff tersebut apa tujuan kedatangan aku serta menunjukkan surat arahan untuk dimasukkan ke wad. Nampaknya mereka faham dan menyuruh aku mendaftar di Wad 4D iaitu wad untuk menunggu. Sebaik didaftarkan masuk wad.. biasalah dok kelas 2 aje..tp selesa jugak... ada 4 katil.. masa aku masuk cuma ada seorang.. dia pun sama cam aku.. masuk wad untuk bersalin secara induce pada tarikh yang sama dengan aku.. adik tu kerja nurse kat hospital ampang jugak.. tak lama lepas tu masuk plak seorang lagi..masalah dia baby kurang bergerak.. dah tak de benda nak buat, kami pun berborak2 le sesama sendiri.. nurse plak menjalankan tugas seperti biasa dan ikut time... 

memandangkan beberapa malam sebelum di masukkan ke wad, aku memang susah nak tido..kadang2 pukul 4 pagi baru aku dapat tido..kalo tak serba tak kene rasanya... rasanya belum pukul 8 lagi aku dah start melelapkan mata..apa nak buat..nak tengok tv pun x de... baik le tido... tapi dalam pukul 9, doktor datang membuat pemeriksaan. beliau bertanya sama ada dalam masa terdekat ni aku ada buat scan atau tidak.. aku jawab rasanya dah hampir sebulan aku tidak menjalani scan.. so dia mengarahkan aku untuk ke bilik rawatan kerana beliau ingin membuat scan untuk memeriksa berat baby..  Doktor Wong mengatakan baby aku beratnya lebih kurang 3.0 kg sahaja... ermm ok la tu... selepas membuat scan, aku menyambung tido semula... malam ni aku nak berehat..walaupun hati aku tetap teringatkan anak2 terutama kakak yang ketika itu demam...

3/4/2011 ~ aku pun tak pasti pukul berapa tapi ada seorang nurse yang kejutkan aku, katanya kalo ke bilik air ambil sample air kencing dan letak dalam botol yang diberi.

memandangkan aku dapat berehat dengan lama, dalam pukul 6 aku dah terjaga... cuci muka dan gosok gigi bagai.. seorang nurse mengarahkan adik yang dok katil depan aku tu supaya ke bilik rawatan bagi tujuan di masukkan ubat.. tapi beliau tidak mengarahkan aku pergi sekali... dalam kul 6.40 pagi barulah datang seorang lagi nurse menyuruh aku pergi ke bilik yang sama.. ramai jugak yang perlu dimasukkan ubat pada pagi tu... yang ada bersama2 dengan aku menunggu ketika itu tidak kurang daripada 5 orang.. alahai dah menunggu tu lambat pula tuan doktor tu datang... agak2nya dekat pukul 7 barulah doktor sampai.. kami pun bergilir-gilir masuk... sampai giliran aku (aku rasa aku yang no.3 kot) doktor membuat pemeriksaan untuk memastikan berapa bukaan jalan untuk bersalin ketika itu. doktor mengatakan jalan aku dah terbuka 2cm.. jadi dia cuma masukkan satu sahaja ubat. kata doktor kalo dah buka 4cm nanti baru boleh masuk ke dewan bersalin.. pesan doktor dalam tempoh sejam.. tidak boleh makan atau minum serta tidak boleh buang air..cuma berbaring sahaja kat katil. sambil menunggu tempoh sejam aku sempat la jugak melelapkan mata.

Lepas tempoh sejam barulah aku bangun. Cuci muka dan mengambil sampel air kencing. Ketika aku ke bilik air aku terlihat kesan darah pada panties. Aku beranggapan itu kesan pemeriksaan doktor tadi.. Masa menyerahkan sample air kencing, aku memberitahu nurse ada darah yang keluar. Nurse menyuruh aku memakai pad. Kalaupun dia tak suruh memang aku akan pakai pun...  Sarapan aku pagi tu, bihun sup.. Nampak sedap..tp ya ampun... mentang2 le aku ni kene diet kurang garam..sedikit pun tak de rasa masin... huhuhu..nasib le... tapi aku telan aje.. sejak anak kedua dulu, kalau di admit ke wad, aku tak memilih sangat makan. Apa yang diorg bagi aku makan aje... sedap tak sedap tu belakang cerita... yang penting perut aku tak lapar.. Nurse datang bagitahu tak lama lagi doktor pakar akan datang membuat pemeriksaan. Selesai makan, baru aku pergi mandi. 

kali ni doktor yang datang adalah perempuan. Nama dia aku tak pasti..kalau tak silap doktor Wan.. Wan apa aku tak tahulah.. Doktor Wan juga seperti Doktor Wong bertanyakan jangkaan berat baby. Aku memberitahu beliau seperti yang dijangka oleh Doktor Wong malam tadi. Kenapa doktor sibuk pasal berat baby aku?? sebab aku ni ada kencing manis la kononnya... biasanya anak kepada pesakit kencing manis ni besar. Doktor Wan membuat agakan, katanya berat baby aku di antara 3.2kg -3.4kg... Masa tu aku dah start rasa sakit-sakit dah... tapi belum kuat lagi... selepas doktor pergi, barulah hubby aku sampai. Dia bawak mee goreng dan kuih cek mek molek..padahal aku pesan dengan dia nak makan karipap. Huhuhu... 

Dalam keadaan aku yang semakin kerap sakit tu, aku sempat menjamah mee goreng yang hubby aku bawak tu. Bukan apa, aku bimbang tak sempat nak makan. Lepas pada itu, aku semakin menggelisah. Perut aku semakin tak menentu sakitnya. kata nurse kalau contraction 10 minit 3 kali beritahu mereka.. tapi aku rasa sakit aku ni dalam masa 5 minit pun dah berkali-kali rasa sakitnya. Oleh kerana rasa sakit yang semakin kerap aku jumpa nurse untuk membuat pemeriksaan bagi mengetahui berapakah bukaan jalan yang terkini. kebetulan ada seorang doktor, dia telah membuat pemeriksaan dan mengatakan bukaan baru 3cm. Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 11.30 pagi. Doktor tersebut memberitahu pukul 1 nanti doktor akan membuat pemeriksaan sekali lagi. Aku semakin resah.. sakitnya hanya tuhan yang mengetahui.. pesan nurse jugak untuk memudahkan jalan terbuka jangan baring sahaja bawak berjalan-jalan.. aku berlegar-legar di dalam bilik saja. Aku juga diberikan ubat untuk membuang air besar. 

hidangan tengahari telah sampai. waktu tu dalam pukul 12.15 tghari... aku pulak sekejap baring sekejap duduk.. hubby aku menunggu di luar wad aje.. aku msg kt dia suruh dia masuk kul 12.30 nanti.. kebetulan hari tu hari ahad..jadi waktu melawat bermula daripada pukul 12.30 sehingga ke pukul 7 malam... dalam pada sakit-sakit tu aku gagahkan jugak untuk menjamah makanan.. sebab aku takut kalau aku terbersalin dalam masa yang terdekat ni aku tak de tenaga... masuk aje suapan yang pertama, perut aku semakin sakit... berhenti jap.. rasa cam ok suap plak kali ke 2... sakit datang balik...aduh kali ni dah tak leh tahan dah... terus je bagitau kat nurse cakap dah sakit sangat.. nurse check katanya dah bukak 5 cm... terus je prepare untuk tolak aku pi labour room... yang aku ni plak nak bangun dari katil tempat nurse tu check pun dah tak larat sampai kene nurse tu bangunkan aku.. dia suruh aku tukar baju yang ada tali kat belakang tu.. dia pesan ambil baju ngan pampers baby.. masa nak ambik barang2 tu semua air mata aku dah meleleh-leleh sebab sakit sangat.. adik depan aku tu tanya dah berapa cm?? aku cuma mampu tunjukkan jari aku je...  cecepat masuk bilik air tukar baju..call hubby aku..time tu menangis dulu baru dapat cakap.. hahaha teruk jugak kan... dia kata sekejap lagi nak naik tengah hisap rokok...adoiii.time aku cenggini sempat lagi hisap rokok..sabor je la.. aku cuma pesan ngan dia tolong kemaskan barang2 aku seme. tak larat nak pesan panjang2..sakit sangat dah...

nurse terus je tolak aku ke labour room.. aku dapat bilik yang ke 10..kebetulan masa tu labour room penuh.. nurse suruh naik atas katil.. huhuhu...nak naik atas katil tu pun aku rasa sungguh menyeksakan... sebaik je baring aku rasa macam dah nak meneran je... nurse tu suruh tunggu sebab baru 5cm... dia sibuk nak pasangkan mesin CTG nak dgr jantung baby... sakit datang lagi... kali ni aku ikut je kalau baby nak keluar pun biar lah... sib baik dalam pada tu air ketuban aku pecah... bila aku cakap sakit nurse tu suruh aku sedut gas. sekali je aku sempat sedut... pastu aku cakap ngan nurse tu aku dah rasa nak terberak dah ni... 2 kali aku cakap camtu dia terus panggil staff nurse kat situ.. staff nurse tu cakap awak nak teran teran aje laa... dia suruh aku pegang 2-2 kaki dan teran... kali pertama tak berjaya... dia cakap awak tolong saya, saya tolong awak... dalam begitu begini aku cuba jugak meneran dengan sekuat hati dengan bantuan staff nurse tersebut.. tetiba je aku rasa macam sesuatu dah keluar membuak2... Alhamdulillah, baby aku dah selamat keluar dengan berat 3.2kg.. masanya terlalu pantas.. aku perasan aku masuk kat situ dalam kul 1 lbh skit.. tapi waktu baby selamat dikeluarkan adalah pada pukul 1.17 ptg.. nurse yang hantar aku tadi sedikit panik.. sebab dia tak sangka kene tengok aku bersalin..hahaha...dia seriau sebenarnya... lepas je baby aku keluar cecepat dia balik ke wad... staff nurse tu letakkan baby atas aku... masa tu airmata aku meleleh lagi... syahdunya bila tengok muka anak aku..walaupun dah no.3 tapi tetap touching.. kulit macam kakak, muka pulak macam kak yaya... sempat jugak aku membebek jari -jemari anak aku. alhamdulillah semenya lengkap dan sempurna...anak aku diambil oleh seorang nurse untuk dibersihkan..sementara itu nurse mengeluarkan darah2 yang masih ada di dalam perut dan kemudian luka aku dijahit.. ya ampun, sakit dik non..walaupun hanya luka sedikit di kulit tapi nurse tak bius pun..katanya tak boleh bius sebab yang koyak cuma kulit luar.. menggeletik gak aku sikit masa nurse tu jahit... 

selepas baby dibersihkan dan aku siap di rawat barulah hubby aku masuk.. dia mengqamatkan anak kami.. doktor membuat pemeriksaan yang terakhir.. setelah berpuashati beliau mengarahkan supaya aku di bawa ke wad 4C pula.. kalau tak silap aku ketika itu jam baru pukul 2.40 ptg... dengan ber'wilcha' aku ditolak ke wad bersama baby.

Perghhh...rasa cam mimpi pulak... ini lah masa yang paling sekejap aku berada kat labour room... pengalaman semasa bersalinkan kakak dulu aku masuk ke labour room pukul 9 pagi dan keluar dalam pukul 5 ptg.. manakala semasa bersalinkan kak yaya pulak masuk ke labour room kul 4.30 pagi dan keluar pukul 10 pagi... yang ni masuk kul 1 ptg...kul 2.40 dah keluar...

aku dan baby masih dalam pemantauan... so malam ni malam kedua aku kene bermalam di wad... mungkin sebab dah ada pengalaman... aku tidaklah rasa tertekan sangat bila baby menangis ke apa..setelah berehat seketika.. aku gagahkan diri menguruskan diri sendiri... 

4/4/2011 ~ hari aku jadi sedikit tension..bila doktor mengatakan aku sudah boleh keluar wad.. tapi nurse sibuk tanya samada baby aku dah kencing atau belum...sedangkan baby dah buang air besar berkali2... sehingga baby aku di bawak ke bilik pemantauan... lama jugak anak aku di bawa ke situ.. sampaikan aku risau juga..tanya kat nurse..dia kata nanti diorg akan hantar baby aku sendiri... dlm kul 3 lbh hubby aku datang hantar barang keperluan untuk aku dan baby.. masa tu belum tahu lagi baby dah kencing atau belum..dah dekat kul 4 barulah nurse hantar anak aku... dia bgtahu baby dah kencing so petang nu boleh discharges... yahoooo...seronoknye...cecepat aku msg kat hubby bgtahu... dia pun naik semula untuk berkemas barang-barang aku dan uruskan semuanya perkara sebelum discharges...

Seronoknya dapat balik ke rumah.... Baby baru ini aku dan hubby sepakat untuk menamakan dia NURUL NASRIN QASHRINA.. yang bermaksud cahaya bunga istana.  Dengan kehadiran 3 puteri maka lengkap sebuah kerajaan milik aku dan hubby... QISTINA=keadilan, QAISARA=permaisuri dan QASHRINA= istana.... insya-allah, semoga puteri-puteri ibu dan abah akan membesar menjadi anak yang solehah dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.. AMIN.....





Selasa, 29 Mac 2011

MASIH MENUNGGU... MINGGU TERAKHIR SUDAA...

30 March 2011 ( Rabu ) ~ Usia kandungan aku dah pun 39 minggu 3 hari . Cuma tinggal tak seberapa hari lagi nak menjangkau ke 40 minggu. Penantian itu satu penyiksaan benar rasanya. Keadaan aku memang teruk skit la masuk minggu2 terakhir ni.. badan2 semua sakit.. nak2 lagi dr pinggang ke bawah... hai rasa nk tercabut rasanya. Ada masanya aku sampai menangis sbb x tahan sgt dh rasanya... Mengadu pada hubby aku?? ermm..lbh baik x pyh... Yang paling merisaukan aku ialah bila aku akan di admit kt wad nanti. of coz le hubby aku akan jd kelam kelibut dibuatnya... mana nak uruskan aku lg..mana nak uruskan anak2 lg.. ye lah, kt sini aku x de sesapa. Ada kawan2 dh offer nk jaga anak aku kalo aku masuk spital.. tp cmner lak diorg nk g keje kalo aku letak ank2 aku kt umah diorg... ermm susah juga hati aku ni.. sbb tu kalo sakit skit2 tu aku buat2 mcm x sakit je selagi blum keluar tanda2 yang memungkinkan aku untuk di admit kt wad. Walaupun hajat hati tu x nak menyusahkan sesapa...

Tapi by hook or by crook... pada 2hb April ni aku tetap kene admit kat wad.. and then pada 3hb tu tetap kene bersalin. Reason aku kene bersalin x boleh lbh dr due date sbb aku ni ada simptom2 yg boleh membahayakan kesihatan aku dan baby... cm tekanan dr tinggi dan juga kandungan gula tinggi...

kalo sehari dua ni aku belum bersalin bermakna aku tetap akan kene bersalin secara induce lagi buat kali 3... induce normal x pe..jgn sampai kene ceasar dh le... takotttttt....... nampaknya x merasa lah aku nk merasa contraction secara normal lg... tk kisah la mcmana pun..janji aku dan baby selamat kedua2nya..

Hubby aku kata hr jumaat ni nk blk kg jap... nk pi ambik mak aku... huhuhu... bimbang gak aku..tetiba kalo aku ikut dia balik kg terbersalin plak aku dlm kete ke...hehehe... ke aku nak suruh dia ambik hari sabtu tu lps aku di admit..ok gak kan??? tp terpulang pada dia la..mana2 pun...

Besok, hari khamis adalah check-up aku yang terakhir kt Klinik AU2...

Aku stop kat sini dulu... nak tunggu babu jual roti plak... smlm suruh hubby beli dia lupa... kene lah aku tunggu babu tu.. stock makanan kudap2 dah abis... yaya hidup dia mmg dgn roti.. muncung panjang sedepa kalo roti x de...

Khamis, 17 Mac 2011

BURUKNYA KALO BERPRASANGKA....

Mmg btullah tabiat berprasangka ni akan mengundang sesuatu yang tidak baik… ye lah, manusia bila diracuni iblis mulalah timbul mcm2 niat jahat…

Kata org tua kalo bergurau pun berpada2 jugak… tp itulah bila gurauan berlebihan akan mendatangkn padah jugak… mungkin pada yg mengenakan gurauan itu tidak meninggalkan kesan apa2..tp yg terkena gurauan tu kdg2 berbekas juga dihati…

Hubby aku suka menyakitkan hati aku sbb dia tahu kelemahan aku… tp perkara tu lah yg slalu digunakan utk mengusik aku.. org perempuan kalo x cemburu ni mmg tk sah la.. itu termasuk lah aku… kdg2 aku boleh terima usikan atau guauan dia..tp biasalah ada masanya aku jadi sensitive… nk2 plak time aku peknen ni… mmg cepat sgt emo.. pastu mulalah tangkap leleh….

kalo hubby aku g kerja…nk2 keje part time ke apa…aku mmg sanggup bersusah payah..sbb aku tahu dia mencari rezeki utk keluarga.. walaupun aku kene bgn tengah2 mlm ke bersengkang mata ke…aku sanggup… malah aku x kn merungut skalipun… bkn nk kata aku baik..tp bg aku itu tanggungjawab aku sebagai isteri… apa sgt nk dibandingkan dgn aku yg Cuma menjaga keperluan dia berbanding dia yg berhempas pulas bekerja utk mendapatkan sedikit rezeki….

Masa dia ngan kengkawan… ada masa aku boleh bertolak ansur…. Sesekali tu ok… tp kalo dh lebih mmg aku naik hantu la… part aku naik hantu tu x yh le aku kabo kn yak…

Ok lah berbalik kepada citer yang aku nk citerkn td… now my hubby sibuk membantu kwn yg baru je membuka bengkel membaiki kereta… ye lah seperti yg aku ckp kn… kalo benda yg mendatangkn hasil aku x kn membantah…nak2 plak dlm bidang yang dia cukup suka.. Cuma bila ada skit2 dia cite g lepak dlm2 pd tu hati aku dh terpuing skit dh..tp masih blum tahap gaban la.. kira tu boleh buat2 lupa la…

Di suatu ptg selasa nan indah, aku terdgr hubby aku membuat perjanjian dgn seorang sahabatnya bahawasanya pada mlm itu beliau akan melapangkan masa untuk bermain futsal… iaitu kira2 kul 11 mlm.. dan tidak diketahui pukul berapa beliau akan balik ke rumah… ermmmm…. ( dlm hati aku berkata.. ooo main futsal ada plak masa… ngan anak bini???)

Sampai je ke rumah, duduk2 sekejap… mr hubby pn meminta izin utk keluar… perkara pertama tentulah hendak ke bengkel… pastu siap bwk baju spare sbb nk g main futsal plak.. dlm masa yg sama hati aku ni tgh bengkak sbb gurauan berbisa pd sebelah ptgnya… kira2 kalo time tu angguk, maknanya angguk x berapa nk ikhlas la… hahaha…

Mmg slps je kul 11, hati aku ni bernanah je rasanya… gamaknya masa tu berduyun2 setan dok menghasut aku… aku plak sekejap2 pegang hp… konon2 naik taip msg…nk send ayat2 yg menyakitkan hati kwn tu.. tp bila aku taip2 msg aku delete semula… hati aku ni dh bermonolog mcm2 dah… pikir itu pikir ini… seme yg buruk2 je… eiii..setan…setan… ntah mcmana lelama aku tertido le ngan hati yg sebal… tanpa msg itu di send…

Ntah dah kul brape masa tu..Tiba2 aku dgr tingkap diketuk, hubby da balik n suruh bukak pintu… aku pn bgn.. mmg x ikhlas btul rasanya bgn nk bukak pintu time tu… bukak2 je pintu… tada… mata yg mengantuk menjadi segar ketika itu, bila melihat hubby aku balik masih dgn baju bengkel… Ya Allah, masa tu aku tak tahu nk ckp mcmana… buruknya prasangka aku kt dia… pastu yg paling aku rasa ialah bila hati aku dipusingkan oleh Allah utk tidak menghantar msg yg bukan2 itu.. yang mungkin boleh merosakkan rumahtangga aku. Syukur sgt aku masa tu… dlm diam2 aku rasa ada hikmah disebalik semua itu.. cubalah kalo aku btul2 hantar msg masa tu??? Apa akan jadi??? Paling2 tidak pn mesti aku ngan hubby bergaduh… kecik besar tu x tah la…

Dan yg pasti ketika itu, hilang segala kesebalan hati aku, tiba2 aku jadi kesian sgt kt dia… dia bersusah pyh berjaga mlm demi mencari sesuap nasi… ya allah, besarnya dosa aku pada dia… rasa nak meleleh airmata aku masa tu… tp aku hanya diamkan sahaja… dan terus menghidangkan makan pada dia… sebetulnya walaupun aku marah kat dia..tp aku x penah mengabaikan perut dia… kalo pun aku x bangun aku dh sediakan apa yang boleh dimakan… biasanya air pun aku dah standby dalam peti ais…

Mungkin nak mencari seseorang yang benar2 terbaik tu bukan mudah.. aku tidak pernah memaksa dia untuk berubah menjadi sepertimana yang aku mahu… tp aku tetap berdoa semoga suatu hari dia akan berubah menjadi yang baik kepada yang lebih baik..

Air panas kalau ditambah dengan air panas tentulah akan bertambah panas… kalo nak mengurangkan kepanasannya haruslah ditambah dengan ais… kepanasan akan menjadi suam dan akhirnya akan menyejuk….


Jumaat, 25 Februari 2011

PENING

ah..lamanya x berkesempatan nk meng'update' blog..huh..mana x nya..kalo kt umah asyik berebut ngan anak2 je... aku pegang je laptop..ha time tu le deme seme sibuk menepek kt aku...nk main game bagai... tk kn le aku plak yg lebih2 kn dh tentu la aku kene mengalah....

Al-hamdulillah...kandungan aku skrg dh masuk 8 bln setengah = 34 minggu... mmg dh sarat dh rasanya... perut aku pn dh rasa tegang semacam je... kesihatan aku pun baik,walaupun nurse dh tegur muka aku dh nmpk sembab.. insya-allah, mungkin kali ni aku dpt bersalin mengikut due date yg ditetapkan... makna aku tk perlu kene paksa la.. berdebar2 jugak aku menunggu saat2 tu... tekanan darah aku ok.. walaupun sbnrnya dh lama aku x mkn ubat.. kalo doktor atau nurse tny aku ckp aku mkn je... slps 3 kali ambik drh utk kencing manis... kali ke 3 baru le x de slack..kalo x satu part mesti ada kaler merah... itu tandanya aku dh serasi melalui keadaan tu...huhuhu...walaupun hakikatnya pada hr aku ambik drh tu aku dgn jayanya minum nescaffe.. tp aku krgkn lah manisnya....

Tapi bab letih ni tok sah ckp la... mmg aku letih sesgt... nk buat cmner lg.. rutin harian tetap kene buat... sebagai pekerja, sebagai isteri dan sebagai ibu.. semua tu aku x leh nk xcuse la.. yg satu lagi aku pening... pening melayan karenah anak aku yg 2 org tu... terutama skali si yaya.. semakin hari semakin teruji aku ngan perangai dia...

kalo aku cite ngan org pun org akan ckp biasalah bdk2... itu mmg jwpn yg tipikal la... hakikatnya perangai kedua2nya saban hari menguji tahap kesabaran aku... ye lah, diorg ngan emosi diorg, aku plak ngan emosi aku... si kakak, walaupun dah nmpk semakin matang tp dia tetap mempunyai perasaan cemburu pada yaya.. apa yg yaya dapat dia pn sama.. kalo yaya aku masih basuhkan berak... dia pn sama nk aku basuhkan.. padahal seme tu dia dh boleh buat sendiri... ntahlah kdg2 baran jugak aku dgn dia.. tp dlm masa yg sama aku kesian kn dia... dia rasa terpinggir..rasa bersalah pn ada pada dia... yaya plak pada saat ini mungkin semakin terasa detik2 dia utk menjadi seorang kakak jugak... pantang salah sikit mulalah baran... mengamuk dan menangis.. kdg2 merajuk.. rajuk dlm tangisan tu kdg2 sgt menyentuh hati aku... menitis air mata dibuatnya.. hari2 kalo boleh nk mkn bersuap ngan aku...mmg sejak kebelakangan ni jrg2 dia mkn sendiri...mesti bersuap.. pendekata sblm ni yaya mmg seorang yg berdikari tp skrg seme hrpkn aku... pening rasanya... seme nk kene lyn dgn adil..

situasi diorg menyebabkan aku sentiasa berasa letih sgt2... tp tu la.. bdn letih, tapi korang ingat 'org kt dlm' ni reti duduk diam ke... skrg ni lagi la rancak dia menjalankn aktiviti harian dia... tendang sana tendang sini..kdg2 sampai tersentak2 aku dibuatnya.. huhuhu..

p/s : itu la lumrah seorang ibu.. ibu mmg kene cekal.. sbb ibu mcm power rangers... seme keje ibu boleh buat..seme keje terletak di atas bahu ibu... biarpun hati ibu menelan segala pahit maung tp ibu tetap berbakti kepada keluarga...

Sabtu, 5 Februari 2011

06.02.2011 ~ANNIVERSARY KAWIN YG KE-6

06 Februari 2011bersamaan hari Ahad merupakan wedding anniversary aku yg ke 6...  seperti biasa ianya hanyalah sekadar tarikh penting untuk diingati... mmg bukan menjadi kebiasaan aku mahupun hubby untuk celebrate tarikh2 sebegini,,, cukuplah sekiranya aku dan dia mengingati sahaja.. Ada x de pun kalo ada budget lebih kitaorg akan bwk anak2 makan... rasa hadiah tu mahupun kek tu bkn lah perkara yang penting buat kami berdua... rasanya kalo hadiah tu mungkin bila2 masa kita boleh bagi... tk semestinya perlu menunggu tarikh2 sebegini... cuma pada skrg bila anak2 sudah memahami erti harijadi mungkin kami terpaksa menyediakan sedikit hadiah buat diorg... iskkk..merepek jauh plak aku...

Harapan aku...biarlah ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat... 6 tahun tu mungkin satu jangkamasa yg masih pendek lagi.. masih lagi dalam proses untuk menstabilkan keutuhan sesebuah perkahwinan... adat berumah tangga, mcm2 cabaran yg perlu kita lalui...

Alhamdulillah... dengan adanya suami dan anak2 kehidupan aku rasa telah lengkap..biarpun byk kekurangan... namun aku percaya dengan izin-Nya, suatu hari nanti segala kekurangan itu akan berganti dengan segala mcm kelebihan.. Insya-Allah.... Amin...

Ahad, 30 Januari 2011

KISAH SI SANTAN...


gambar hiasan


La ni seme org nk mudah je.. sbb masing2 terikat dgn mcm2 komitment.. ermmm nak2 lg kalo kaum2 ibu mcm aku yg bekerja ni...  kalo boleh seme mskn tu, sampei je kt umah terus je boleh masuk dlm kuali atau periuk...seme nk cepat aje... seme nyer kene kejar masa....

Tapi dlm masakan harian kita ni x lari plak dr menggunakan santan... terutama skali org melayu kita... pendekata mcm2 mskn menggunakan santan.. ada sesetengah org wajib makan masakan yang ada santan... gulai lemak kuning la..lemak putih la... kalo x, x lalu mkn... aku ni plak, ada pun boleh x de pn x pe... cuma sesekali tu adalah keinginan nk mkn mskn yg bersantan...

kalo dok kt kg... mungkin mslh santan ni x de sgt..sbb kebanyakan org kg mmg tanam pokok kelapa... kalo x de kt kebun sendiri...kebun org pun boleh ambik.. hehehe.. ala. mintak le... jgn le main rembat je..tu namanya mencuri tu... yg jd mslhnya, org yg dok kt area bandos nie... dh le kelapa rege mahal..santan pun boleh tahan.. mmg le ada yg mengeluh terutama org yg menggunakan santan tiap2 hari... kalo m aku yg sekali sekala ni no hal la.. nk yg berkualiti tp bila mahal merungut... gitew le gayanya..

tp baru2  ni dlm buletin utama ada mendedahkan mengenai masalah santan kelapa... iaitu sikap peniaga yang dikatakan menampurkan sejenis bahan untuk memekatkan santan kelapa tersebut.. slh satunya cecair likat dan juga sejenis serbuk... kata wartawan tu ia mungkin gelatin... isk..isk.. terukkn... kita ni beria2 le beli kononnya santan kelapa segar.. tp hakikatnya... adoiii... sbb tu le zmn skrg ni mudah sgt dpt penyakit mcm2.. santan segar pun jenis yg x ori...

Mulanya aku x de la ambik pot sgt.. tp bila ada sorang brader tu ckp dia letak santan tu kt rambut..last2 rambut jd gugur.. aku pn mula terpk perkara yg sama...sbb aku pn ada ambik santan tersebut dan lumurkan kt rambut.. sbb rambut aku ni mmg jenis gugur jd aku x le perasan bebenos psl rambut gugur tu...cuma aku heran rambut tk lembut pn lps pakai santan tu.. rasa mcm makin kasar je rambut aku...

anyway..kepada sesiapa yg prihatin ngan mslh2 ni.. jgn la beli lg santan yg telah pun siap di pek.. mungkin ianya juga tidak baik untuk kesihatan kita.. kalo ada insiatif lain tu beli la... walaupun mahal tp kesihatan anda terjamin.. hehehe....

Khamis, 27 Januari 2011

JOM MAIN MASAK2 : SUP KERANG

Biasa orang buat kerang rebus.. Ha tp mak aku buat sup kerang... akceli makanan ni mak aku dh ajar sejak aku kecik lg... aku pun tk tahu kt mana mak aku dpt resepi ni..dia kata dia dpt resepi ni masa dgr radio zaman muda belia dulu laaa... setakat ni aku blum penah jumpa lg la resepi ni di mana2 kedai... x tahu la plak kalo ada...

ala...cara nak membuatnya senang je... sebenarnya sblm ni mak aku mmg dh ajar dh..tp ntah le, aku lebih senang mkn yang mak aku masak drpd aku mencuba sendiri..sampai la ke satu tahap giliran anak2 aku plak jd penggemar sup kerang... huh, aku dgn senang hatinya memasak untuk diorg... kalo x selama ni asyik hangat2 tahi ayam je..jenuh tny resepi ngan mak..tp haram aku membuatnya pun... tp bila anak kata seda dan nk makan...dan2 tu jugak aku menjadi pandai..tk pyh dh nk call mak tny cmner nk buat....

so kt sini aku sediakan resepi sup kerang tu.. kot2 ada sapa2 nk memcubanya...


Sup Kerang


RESEPI SUP KERANG


1 kg kerang  - bersihkan . untuk membuang lumpur2 di dlm kerang boleh la rendam seketika.
2-3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2-3 biji cili padi - tumbuk. sekiranya inginkan rasa yg lebih pedas boleh tambah cili tersebut ikut selera anda.
sedikit halia - tumbuk
serbuk kari  - 2 sudu makan
sup bunjut
garam
gula
sedikit minyak untuk menumis.
air secukupnya.

Bahan lain :

kacang tanah - goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
mentimun - hiris halus
daun sup dan daun bawang - hiris halus.

CARA-CARA MEMASAK.

1.  Panaskan kuali/periuk. Masukkan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga agak garing.
2. Kemudian masukkan air secukupnya. Masukkan serbuk kari dan sup bunjut. Biarkan sehingga mendidih.
3. Setelah mendidih masukkan kerang yang telah dicuci bersih. Masak sehingga ada kerang yang terbuka dengan sendirinya.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sekiranya suka bolehlah ditambah dengan sedikit perasa a.k.a ajinomoto. Sekiranya rasa telah mencukupi biarkan seketika kemudian tutup api.
5. Hidangkan bersama kacang tanah yg telah siap ditumbuk, mentimun dan juga daun sup serta daun bawang .

SELAMAT MENCUBA

gendang gendut tali kecapi kenyang perut sukahati... hehehe....






Jumaat, 14 Januari 2011

KISAH MASYARAKAT : KISAH SEORANG PAK CIK TUA....

Aku nak kongsikan ngan korang tentang kisah seorang pak cik tua. kejadian ni sebenarnya berlaku lebih kurang 2 tahun lepas.. iaitu sekitar tahun  2009... ketika itu aku masih lagi bekerja di Negeri Sembilan.

Kisahnya begini... Aku dan beberapa orang kawan sepejabat berhajat untuk ke Pasar Tani yang terletak berdekatan dengan pejabat kami. Lebih kurang pukul 10 lebih kami pun menuju ke tempat yang dimaksudkan. Dekat je.. tak sampai 5 minit pun kalau berjalan kaki. Semasa dalam perjalanan menuju ke Pasar Tani tersebut  kami di datangi oleh seorang pak cik tua. Kalau korang tengok memang betul2 dah tua. Sekitar 70 tahun aku agak umur dia. Mata pun dah kelabu.. Kalau sekali pandang memang kesian la kat pak cik tu...

Pak cik tu kata dia minta derma sebab nak buat operation pasal sakit apa tah.. kemudian dia juga siap menunjuk kepada kami beg najis yang biasanya tergantung kt pinggang. Tapi beg najis tu bersih je aku tengok.. Gila ko! sapa yang tak kesian tengok pak cik yang tua cam gitu dok terhegeh2 mintak derma..
Dia bgtahu masih tak cukup beberapa ribu sedangkan operation tu nak dibuat pada minggu depan. Dia jugak cakap dah ramai bagi derma.. biasanya orang bagi rm 10...rm 20..tapi dia cakap ngan derma itu ikhlas je berapa nak bagi pun... Dia juga cakap menteri besar pun dah hulurkan sumbangan... Seorang kakak yang ada ngan aku tu cam tak puas hati la.. bukan dia marah tapi pelik la jugakkan...kenapa seorang pak cik tua dibiarkan seorang diri mengutip derma... akak tu tanya la, tak de sapa ke yang boleh bantu pak cik?? anak2 ke?? kenapa pak cik plak yang kene minta derma... tapi tiba2 pak cik tu macam emosional dengan pertanyaan akak tu.. dia marah2 kt kami..dia kata kalau nk bagi tu bagi je la... jangan la tny mcm2.. kami pun masa tu bukan ada bwk duit byk pun... cuma rasanya antara kami bertiga tu aku le yang ada duit kecik lbh dr seringgit... mungkin adalah dlm rm 5 jugak kami hulurkan pada pak cik tu... Cuma lepas melihat gaya pak cik tu kami jadi sangsi.. kenapa perlu dia marah2 kepada kami...dah le mintak derma... mmg bengang jugak bila diperlakukan camtu...

Selepas balik dr pasar tani, kami pun bercerita lah dengan rakan sepejabat yang lain... dan ada seorang kawan bagitahu dia pun dah penah pak cik tu mintak derma... dengan ayat yang sama.. tapi dah lama dah... oooo...baru lah kami tahu pak cik tu sebenarnya menipu... kejadian tu bukan berlaku ada hari tu... lama2 kami selalu pula terserempak dengan pak cik tu yang sedang meminta2 daripada orang lain pulak... Bandar tu bkn besar mana pun... pusing2 kat situ jumpa jugak...

Aku pun x pasti.. sama ada pak cik tu mmg hobi dia menipu ataupun dia dipergunakan oleh pihak2 tertentu untuk mengaut keuntungan . Tapi aku pernah terbaca dalam satu akhbar tabloid le pasal perkara yang sama.. tapi orang tua itu mengatakan yang dia tertinggal kunci di rumah anaknya... jadi dia perlukan duit untuk buat tambang teksi untuk mengambil semula kunci tersebut... ermmmm....pada zaman sekarang mcm cara yang digunakan oleh orang untuk mengaut keuntungan...sampai org tua2 begitu mereka sanggup jadikan hamba...

Aku harap..kalo korang terbaca citer aku ni.. jgn la korang terus percaya kalo tiba2 korang di datangi oleh seorang warga emas yang mengatakan itu dan ini yang agak tidak munasabah alasannya.. sekali pikir mmg le kesian tapi kalo dh berkali2 kene tu...kesian pun dah jadi sakit hati... perkara yang pada asalnya ikhlas dah menjadi tak ihklas....

Ahad, 9 Januari 2011

EPISOD : MARI MENGEMAS RUMAH.

huarghhhhh... mengantuknya... jam dh pun kul 11.25 mlm...mmg patut aku mengantuk tahap gaban dh nie... tp saja je nk merehatkan otak kejap..sambil2 lyn blog ngan FB...

Hari ni, aku menjadi surirumah sepenuh masa.. kerja keras ko... dr pg td sampai le ke jam angka kul 11 mlm... mmg hari ni aku nekad nak mengemas kain baju aku yg dah menimbun tahap dewa tuh.. hari sabtu tu, aku byk mendobi je...kebetulan cuaca pun elok..cecepat le aku sidai kain baju... aku cuma melipat lbh kurang ke baju anak2...

sbnrnya, bkn pg sgt mana dh pun aku start mengemas tuh.. dh kul 11 jugak lerr... bgn tido pepehal kena sediakan b/fast kt adik ngan kakak dulu.. kalo aku lmbt kang mula la... kakak bgn2 je dr tido.. " ibu, kakak lapar la "... sat g si kecik tu bgn soklan yg sama le kluar dr mulut dia.. " ibu macak apa??  adik dah lapar ni.." pg ni aku mskkn diorg bihun goreng je.. kakak cm biasa la.. tk byk songel.. dh masak dia mkn le.. tp si adik ni mcm2 peel dulu dibuatnya utk habiskan semangkuk bihun tu... itu pun last2 kene suap dek aku br le mkn...

awal2 lg aku dh ckp ngan diorg... hr ni ibu nk kemas kain baju, jgn bergaduh, jgn berebut tgk cd.. kalo adik tgk cd, kakak main game..begitu le sebaliknya. adik plak jgn menyibuk nk dok atas riba time ibu melipat kain.. sbb dia mmg pantang kalo aku melipat..sibuk le menengekkan punggung kt riba aku.. dh beso tu.. x seberapa ari lg nk masuk ampat taun...

aku plak rasa nk muntah tgk kain baju yg dh menimbun... rasa2 dh lbh 7,8 bln jugak le x settle2... hehehe.. teruk btul aku.. bygkan le penuh hall tu bila aku kluarkan seme yg mana perlu dilipat..yg mana nk kene hanger.. gitu gini kaedahnya start dr kul 11 sampai menginjak ke pukul 2 le aku br aku berhenti... oppsss..itu br separuh yg siap.. ada lg menimbun2 yg menunggu,,, aku selesaikan baju bdk2 dulu.. lipat pastu susun siap2 dlm drawer yg sblm ni dh mcm kapal karam... baru lega separuh.. aku berhenti makan jap.. itupun aku pulun bihun tu dulu.. hubby aku plak dh beli taugeh.. suruh aku wat msk lemak putih... sblm tu dia pn dh bantai bihun tu...

lps mkn aku berhenti mandi..ekeke.. dh dekat kul 3 br aku mandi... pastu rehat2 kejap... dlm kul 4 tu barulah aku masak nasi.. alee...aku msk simple je... setengah jam seme dh beres...  taugeh masak lemak putih, telur dadar n sambal tumis tauhu ngan ikan bilis.. senang je kan... yg penting masak lemak putih tu.. feberet hubby aku ngan anak2... dgn disuap oleh abah, mkn byk le skit yaya.. kakak tok sah cerita le... bertambah2... dia kalo ngan masak lemak putih ke kuning ada plak sambal tumis ngan telur...mmg x hengat mkn... kalah ibu ngan abah... hahaha... tgk size le kan kakak...

pastu sambung lagi melipat dan melipat... itu sampah-sarap aku x usik lg... anak2 plak dh menggelisah nk main kt luar... aku paksa hubby aku lyn anak2 sementara aku melipat kain baju tuh... yesss!!!! menjelang kul 7 baru lah beres semua kain baju aku... siap dh siap dilipat dan disusun.. fuhhh... lega rasanya tgk rak baju tersusun je... pastu time utk menyapu sampah wal sarap pulak... aku siap sound hubby aku suruh dia tolong.. hehehe.. dh siap kene2 perli tu br lah dia nk tolong...  abis menyapu br le aku mengemop... pastu berhenti dulu.. nk mandi ngan solat plak...

korang ingat rumah dah clear.. kain baju dh selesai..keje aku dh abis ker??? huhuhu..ada lg keje menunggu.. tp aku dh nekad mls nk memeningkan kepala...maka aku tetap menggagahkan diri... SETTTT... lps solat isyak, aku start plak mengosok baju sekolah anak2 ngan baju keje hubby aku... utk dia stock seminggu terus... mls nk dgr dia membebel, kalo aku lmbt bersiap time nk pegi keje... mula2 nk gosok utk sehari 2 je..pastu dh alang2 baik le aku gosok utk seminggu terus... time rajin aku bkn dtg tiap2 hari... sambil2 mengggosok tu aku basuh baju.. yg tu lantak pi le sbb mesin tu yg buat keje... dh selesai menggosok, pi lak sidai kain tuh... pastu br le aku dpt bertenet... kul 11 br siap... pinggang pun dh kemain sengal dh..dh mcm OKU plak aku berjalan...

ok le..perut aku rasa cm nk mintak di isi je.. nk tgk le apa yg ada.. kalo mls kang aku terus je tido.. hubby ngan anak2 dh lama berlayar dibuai mimpi... jap lg aku plak akan menyusul... SLMT MLM DUNIA....

Jumaat, 7 Januari 2011

KUATKAN SEMANGAT WEHHHH.....

Hari sabtu dtg lg...yeeehaaa... seronoknya bermalas2an di rumah sendiri... Mr. hubbby x de kt umah.. aku tinggal ngan heroin2 sahaja...

Huh... Alasan bermalas2an tu sbnrnya x kene langsung.. padahal menimbun kerja menunggu. Jemur kain baju, lipat kain, sapu sampah, mop lantai dan semestinya memasak leee... Apa2 hal bangun tido je, kene masak kt anak2 le dulu.. Pagi ni pk punya pk last2 aku masakkan diorg Maggi aje... Siap tumis bawang, bubuh sayur ngan telur lee... Dah lama adik mintak aku masakkan maggi... cuma aku je saja2 buat pekak... malas nk bg diorg kerap sgt mkn menatang alah tuh.....

Mmg malas tahap cipan btul aku nak melipat kain baju.. memang kain baju tu x basi... tp sakit mata aku ni melihat fenomena yg x seberapa elok tuh... itu le perkara yg paling susah sgt aku nk buat.. sementelah plak time2 aku peknen ni...

Harap2 semuanya dpt aku buat la..walaupon pinggang aku ni sejak kandungan 5 bulan lg dah start sakit2.. skrg ni mmg susah le nk berjalan pun dh rasa sengal2... kalo dh duduk nak bgn plak kemain susah.. sabor je la... Cuma sejak kebelakangan ni penyakit malas aku dh berkurangan skit laa.. kira skrg aku balik keje x de la melepek dah.. apa2 hal KENE KUAT SEMANGAT... pastikan semua keje dpt dibereskan.. caiyokkkkk

JOM MAIN MASAK2 : CENDAWAN GORENG

Jom main masak2 ni saje jer aku nak kongsi ngan korang resepi ke petua ke yang senang2 je.. ala yang budak2 pun boleh buat..hehehe... aku bkn pandai masak pun.. tp setakat nak makan untuk keluarga tu boleh lah... maklum le sejak umur akak meningkat ni jawatan kt dapur pun meningkat jugak le.. kalo dulu setakat 'kitchen helper' je... la ni di upgrade skit le jadi 'chef' muda'.. hahaha.. perasan sungguh.. ala.. itu pun kalo kenduri kendara keluarga terdekat sahaja... masih lagi dengan tunjuk ajar org yg lebih tua.


Korang mesti penah makan cendawan goreng kan??? sejak dua menjak ni cendawan goreng ni merupakan makanan kudapan yang boleh dikatakan femes le.. nak2 pulak sejak ianya dijual bersama2 dengan tepungnya sekali.. suatu ketika dahulu mmg berebut2 org membelinya.. maklum le benda baru.. tp lately rasanya orang dah mula beralih arah ke potato spring plak...memang meletup2 dipasaran ketika ini...


ok lah, sambung balik citer psl cendawan goreng tadi..  x tahu le korang penah mengalaminya ataupun tidak.. aku ni bkn le jenis cerewet sgt bab2 mkn ni.. tp kekadang ada jugak benda2 yang kurang masuk ngan tekak aku.. ha, apalagi.. cendawan yang digoreng ngan tepung khasnya itu.. kalo mkn tu mula le aku rasa cam lain mcm je..padahalnya aku mmg suka bebenor ngan cendawan goreng tu... bukan semua la.. sbb ada sesetengah org yang menjual tu diorg buat ramuan tepung tu sendiri...


so, ada sekali tu aku balik ke kg.. slps adik aku ambik aku ngan anak2 kt bus stand ( masa tu aku balik kg naik bas aje ) kitaorg mkn2 kt esplanet temerloh.. masa tu kira dh time org mula nk minum ptg la plak...maknanya makanan cam pisang  goreng, keropok lekor dn lain2 mula dimasak... kt situ ada la seorang pak cik yg jual makanan tersebut termasuklah cendawan goreng... aku ni kn jenis mmg kalo nmpk cendawan goreng mmg xcited nk membeli.. walaupun aku tahu kekadang bkn best sgt pun... tp sekali aku rasa cendawan goreng tu.. eh cam ok je rasanya... yang aku perasan pak cik tu cuma menggunakan bancuhan yg sama seperti mana dia menggoreng pisang dll. cuma rasa cendawan tu tawar skit la... tp ok laaa...  next time tu aku pi plak ngan hubby aku bwk anak2 lepak situ.. anak2 aku suka sgt g situ...ntah apa yang menarik sgt x tahu le.. budak2 kot... aku beli lg cendawan goreng tu.. hubby aku kata sedap.. kakak, anak aku pun suka sgt mkn.. akceli kakak ni memilih gak le rasa2 cendawan ni...kalo dia rasa x sedap dia x mkn...


nak dijadikan cerita, aku pun mendapat idea untuk membuat cendawan goreng ni menggunakan bancuhan tepung seperti membuat bancuhan tepung goreng pisang.... ala..sesaje je tgk test btul ke pak cik kt esplanet tu buat cenggitu... lepas di goreng..ermmm..sedap gak... lbh kurang je rasanya... Manalah tahu kot2 ada yang cuba nak merubah rasa time2 boring x tahu nak makan apa... Meh kita cuba...



gmbr sekadar hiasan.


CENDAWAN GORENG SUKAHATI AKU..

cendawan tiram
200 gram tepung gandum
50 gram tepung beras
sedikit garam dan gula
air untuk membuat bancuhan tepung
sedikit kunyit ( sukahati le nk guna ke tak )
minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-caranya :

  1. Basuh cendawan dengan bersih dan toskan.
  2. Campurkan tepung gandum & tepung beras dalam bekas dan bancuh dengan air seperti membuat bancuhan pisang goreng. Pastikan bancuhan itu tidak terlalu cair, supaya tepung tersebut boleh menyaluti cendawan nanti. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. ( ikut citarasa masing2 la )
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Setelah minyak panas. Celupkan cendawan ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga garing.
  5. Angkat dan toskan. Sedia dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos cili..
  6. Selamat mencuba...hehehe....
Sekian, terima kasih.

Lain kali kita main masak2 yang lain plak yeaaaa....

Khamis, 6 Januari 2011

KETE KU DILANGGAR...

Huhuhu.. sedihnya smlm keta chek kene langgar... kt depan opis plak tu kene hentam... kotak kuning ok... hubby aku yang salah ke mamat motor mangkuk hayun tu yang salah?? traffic light merah... seme keta berhenti dan bagi laluan utk keta kluar dan masuk di situ... apsal dia bwk moto cam jalan tu bapak dia punya???? dah le hujan, bwk le motor pelan2 skit mangkuk...


Kejadian tu berlaku lbh kurang dlm pukul 10 pg... pg tu kan KL hujan... jalan jam tok sah citer laa... aku plak singgah la klinik jap ambik tekanan darah... dpt time slip sampai kul 10..lps antar anak2 ke tadika, aku ngan hubby terus le pi opis... 


Ye lah benda nk berlaku... kita berhati2 org plak buat suka hati... dlm berhati2 pun kene jugak... aduhh.. x tahu le brape kos utk membaik pulih semula keta tu... sib baik la.. keta tu pakai tinted yg jenis berkualiti la skit.. ( aku dpt free voucher masa ambik keta ni dulu - tinted jenama COOL  WORLD ).. pastu hubby aku tmbh lg layer utk nampak gelap.. so di saat begitu ada jugaklah kebaikan tinted tu... sbbnya mmg cermin keta tu sbnrnya dah pecah berderai (retak seribu )... skrg ni cuma melekat kerana tinted tu je... rasanya kalo x ngan mamat2 tu skali yang masuk dlm keta... nasib aku plak x tahu le... mungkin semalam dh bermalam di hospital... Al-handulillah, aku x de apa2..cuma terkejut skit la.. masa hubby aku settle masalah tu , dia suruh aku masuk opis... dlm hujan, aku ni bukannya baik sgt lg dr demam, selsema ngan batuk...


Motor mamat tu pun boleh tahan le jahanam nya.. abis bahagian depannya tercabut... ermm..pastu mintak hubby aku byr separuh kos motor dia...ciss byk cengkadak dia...ingat aku ni tokei balak ker???? dgn alasan tu jln lurus, tentu le jalan dia... marah btul org2 kt opis aku ngan statement mamat mangkuk hayun lagi bertingkat itu...

camni la rupa keta aku skrg
 

Ermmm... tunggu le mana2 dana dulu utk membaikpulih semula keta 'pelana' ku itu.... adoiii...dugaan2....

Sabtu, 1 Januari 2011

DAH MASUK BULAN KE 7 DAH....

Diam x diam kandungan aku skrg dah pun menjangkau ke 28 minggu.. maknanya dah masuk bulan ke 7 dah.. baby pun dah semakin aktif bergerak....

kesihatan aku mcm tu jugak.. sentiasa on dan off demam.. pastu asyik selsema ngan batuk.. wahh..dh mcm dpt penyakit resdung plak.. tiap2 kali bangun sembahyang subuh aku dah start bersin2.. hopefully lps bersalin nnt segala gangguan ini tidak lagi berterusan...

Nanti masa check-up untuk minggu ke 28, doktor suruh aku buat MGGT( minum air gula ) skali lagi.. aduhhh x sanggup btul aku.. x de cara lain ke yg bleh xcuse.. padahal yg kali pertama dulu aku ok je..eii..doktor-doktor... jgn la dera aku cenggini....

Kira dh masuk ke trimester ke 3 ni, aku blum pun membuat sebarang persiapan lagi untuk menyambut kelahiran baby ni... mmg le ada di antara sebahagian brg2 kepunyaan kakak2 yang terdahulu.. tp byk jugak brg2 yg dah x de.. pasni aku kene check skali apa yg dah ada.. so beli mana2 yang perlu sahaja..

Rasanya byk brg yang aku mungkin kurangkan. Sbb kalo beli pun x selama mana sgt gunanya.. aku beli ikut keutamaan aje laa... mcm brg basic baby aje la.. mcm stroller ke, buaian ke.. aku akan beli ikut kegunaan lah... sbb mengikut pengalaman aku dgn anak2 yang sebelum ni mmg diorg x suka dok dlm stroller... rasa cm membazir je kalo nk beli... aku ni pun bkn jenis kaki berjalan sgt... nnt sedar2 anak dah besar...  stroller yg sebelum ni pun kakak ipar aku yg bg.. dan aku guna pun cuma hantar anak2 gi rumah pengasuh je.. tp mmg sampai rosak la aku guna sbb maklum le 2 skali yg dok dlm stoller tu...

Mungkin dalam seminggu dua lagi aku akan survey apa2 barang yang patut dibeli.. barang2 asas untuk sambut baby aje.. yg utama tentu le pakaian dia.. itu pun x byk mana kot.. cukup la untuk keperluan dia... sbb baby ni cepat membesar..

Cam biasa lah, sehingga ke hari ini aku belum pun pi scan jantina baby ke 3 ni..hubby aku kata biarlah suprise.. dan mcm biasa kami menyediakan 2 nama la..satu untuk boy dan satu lagi untuk girl..  untuk girl tu trademark dia sama je kt depan mesti di mulakan dengan NURUL NASRIN Q..... dah decide utk Q jugak tp 1 tu yang kami berkenan takut lari plak dr makna yg sebenarnya... mungkin kene tukar yg lain la.. Q tu pn dah buat 2 pilihan jugak sbnrnya.. yang satu tu just standby aje... hehehe... Yg boy plak...mmg start dr anak pertama dh pilih nama tu...cuma rezekinya aje yg blum ada nk meletakkannya... harap2 kali ni termakbul lah hajat kami...

sampai takat ni, doktor dah off kan utk monitoring tekanan darah tinggi aku... so hopefully kali ni aku dpt bersalin secara normal.. dah 2 kali secara induce... huh.. x tahu le cmner nk diceritakan kesakitan tu...tp nasib baik gak anak2 yg sebelum ni kecik je masa lahir.. tp kalo dh dekat2 nnt tekanan darah aku naik semula alamatnya mmg kene induce lagi laaa... huhuhu...takutnya.... mintak2 biarlah semuanya ok.... amin

SELAMAT TAHUN BARU 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011...
akhirnya 2010 telah pun berlalu dan  lembaran baru telah sampai..
semoga pada tahun ini kita akan menjadi lebih sukses daripada tahun2 yang sebelum ini...

Harapan aku pun sama macam orang lain jugak... walaupun sebenarnya azam tu sekadar hangat2 tahi ayam. Cuma aku harap aku menjadi

  • Seorang Isteri yang tetap bertanggungjawab menjaga keharmonian rumahtangganya sendiri.
  • Seorang Ibu yang berjaya mendidik anak2 yang semakin meningkat dewasa
  • Seorang Pekerja yang sentiasa menyelesaikan tugasan yang diberi.
Oklah tak pyh azam byk2 sbb belum tentu direalisasikan... Hahaha...
Harap pada semua berjaya dengan azam yang telah disematkan di dalam hati...