Selasa, 12 April 2011

BERPANTANG

Kali ni aku berpantang sendiri aje... maknanya aku tidak balik ke kampung seperti mana ketika bersalinkn kakak dan kak yaya dahulu..

Mak aku pun cuma seminggu je berada di rumah aku. Aku pun faham dia pun ada tanggungjawab tersendiri dan juga masalah kesihatan. Kalaupun dia duduk jaga aku ,dia tak menang tangan nak kene buat itu ini. Kesian jugak aku menengoknya. Dia tolong jaga aku untuk tempoh seminggu tu pun dah kira ok dah.. Sekarang mak aku dah pun balik ke kampung.

Alhamdulillah... hari ni dah masuk hari ke 12 aku berpantang.. dan sudah 3 hari aku berpantang bersendirian.. Time hubby aku ngan kakak serta kak ya pi sekolah aku tinggal ngan baby aje... Aku masak sendiri je..ala masak simple je.. menu orang berpantang bukan susah payah bangat... kadang2 aku buat sup ikan.. kadang2 ikan bakar.. pastu ulam pegaga.. tak pun sup lobak putih... itu aje... tak susah le..setengah jam pun da masak..  dan seperti sedia maklum le aku ni mmg susah nak duduk diam... mak aku pn tak kuasa nak  membebel dah.. tangan aku ni gatal je nak buat itu ini... huhuhu.... mintak2 tidaklah sampai memudaratkan kesihatan aku... aku serabut kalo tengok kain baju ke sampah ke bersepah2 mula le aku nak menyapu la.. nak mengemop la.. gatal2.. tapi aku tak le buat seme tu serentak.. aku buat skit2 laaa...

Baby yuna ( awal2 lagi dah dpt nickname yuna... ini makcik2 nya le nak mergekan sama ngan yoyo n yaya ) tidak lah meragam.. dia cuma merengek sikit kalau nk menyusu atau pun dia membuang air besar.. selebihnya dia tido... Baby Yuna jugak tak lah kuat sangat juandisnya.. nurse cuma nasihatkan teruskan penyusuan sahaja.. memang baby Yuna kuat  menyusu.. kalau sebelah malam lagi lah dia kuat menyusu... Adoii... camner lah aku nak mendiet kalau asyik lapar jew...sabor je laaa...

Oklah..jam dah pun menunjukkan ke angka 12 tghari... aku nak makan plak..  jumpa lagi.... Menu tengahari ni : ikan goreng + halia+ bawang putih+ lada hitam + pegaga...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan