Selasa, 12 April 2011

BERPANTANG

Kali ni aku berpantang sendiri aje... maknanya aku tidak balik ke kampung seperti mana ketika bersalinkn kakak dan kak yaya dahulu..

Mak aku pun cuma seminggu je berada di rumah aku. Aku pun faham dia pun ada tanggungjawab tersendiri dan juga masalah kesihatan. Kalaupun dia duduk jaga aku ,dia tak menang tangan nak kene buat itu ini. Kesian jugak aku menengoknya. Dia tolong jaga aku untuk tempoh seminggu tu pun dah kira ok dah.. Sekarang mak aku dah pun balik ke kampung.

Alhamdulillah... hari ni dah masuk hari ke 12 aku berpantang.. dan sudah 3 hari aku berpantang bersendirian.. Time hubby aku ngan kakak serta kak ya pi sekolah aku tinggal ngan baby aje... Aku masak sendiri je..ala masak simple je.. menu orang berpantang bukan susah payah bangat... kadang2 aku buat sup ikan.. kadang2 ikan bakar.. pastu ulam pegaga.. tak pun sup lobak putih... itu aje... tak susah le..setengah jam pun da masak..  dan seperti sedia maklum le aku ni mmg susah nak duduk diam... mak aku pn tak kuasa nak  membebel dah.. tangan aku ni gatal je nak buat itu ini... huhuhu.... mintak2 tidaklah sampai memudaratkan kesihatan aku... aku serabut kalo tengok kain baju ke sampah ke bersepah2 mula le aku nak menyapu la.. nak mengemop la.. gatal2.. tapi aku tak le buat seme tu serentak.. aku buat skit2 laaa...

Baby yuna ( awal2 lagi dah dpt nickname yuna... ini makcik2 nya le nak mergekan sama ngan yoyo n yaya ) tidak lah meragam.. dia cuma merengek sikit kalau nk menyusu atau pun dia membuang air besar.. selebihnya dia tido... Baby Yuna jugak tak lah kuat sangat juandisnya.. nurse cuma nasihatkan teruskan penyusuan sahaja.. memang baby Yuna kuat  menyusu.. kalau sebelah malam lagi lah dia kuat menyusu... Adoii... camner lah aku nak mendiet kalau asyik lapar jew...sabor je laaa...

Oklah..jam dah pun menunjukkan ke angka 12 tghari... aku nak makan plak..  jumpa lagi.... Menu tengahari ni : ikan goreng + halia+ bawang putih+ lada hitam + pegaga...

SELAMAT SUDAH....

Bismillahhiramanirrahim... Al-hamdulillah, aku telah pun selamat melahirkan buah hati yang ke 3 pada 3hb April 2011 yang lalu. Baby girl lagi.. tak pe lah dah itu rezekinya, aku dan hubby terima dengan senang hati di atas anugerah ini yang tidak ternilai ni. yang penting dia lahir selamat, sihat dan sempurna.
Di sini aku nak kongsikan pengalaman melahirkan bb NNQ yang ketiga..


NURUL NASRIN QASHRINA.. beberapa jam selepas dilahirkan..

02/04/2011 ~  Hari ini aku perlu di admit ke wad sepertimana yang diarahkan oleh doktor sekiranya aku masih belum bersalin. Ini kerana aku tidak dibenarkan bersalin melebihi due date yang sebenar berikutan aku mempunyai masalah tekanan darah tinggi serta gula tinggi. Walaupun usia kandungan sudah mencecah ke 40 minggu tapi masih belum ada tanda-tanda untuk aku bersalin. Walaupun ketika itu keadaan aku benar-benar sudah sarat.

Setelah puas bersantai dan berkemas apa yang patut, hampir ke tengahari barulah kami bertolak ke hospital. Mak dan anak-anak aku semuanya ikut sama. Aku dan hubby memilih Hospital Ampang. Secara jujurnya, aku sebenarnya memang tidak dapat mengagak bagaimana situasi di hospital tersebut. Baik buruknya memang aku tidak tahu. Pendek kata, aku hanya bertawakal sahaja semoga segala urusan aku di hospital nanti dipermudahkan.

Hospital Ampang memang terlalu asing buat aku. Lebih kurang pukul 2 petang, kami sampai di sana. Untuk memudahkan kerja, tentu sahaja kami bertanya kepada pengawal keselamatan yang bertugas. Aku disuruh ke Wad Ginekologi dan Onkologi di tingkat 4. Malangnya kanak-kanak tidak boleh naik ke wad. Tepaksalah emak menunggu adik dan kakak di lobi hospital. Kesian diorang...

Di tingkat 4, kami juga bertanya dengan pengawal keselamatan yang bertugas. Namun masalah mula timbul apabila diorang tidak begitu memahami tujuan aku ke situ. Selepas berkali ditunjuk ke sana dan ke mari, hubby aku mula tidak senang dengan situasi tersebut. Tahap baran beliau mula menyerlah menyebabkan salah seorang pengawal keselamatan di situ terpaksa menadah telinga menahan bebelan daripada hubby aku. Nasib baik dia tidak memanjangkan keadaan dengan memberitahu staff yang bertugas di Dewan Bersalin. Kami dipanggil masuk. Aku menerangkan pada staff tersebut apa tujuan kedatangan aku serta menunjukkan surat arahan untuk dimasukkan ke wad. Nampaknya mereka faham dan menyuruh aku mendaftar di Wad 4D iaitu wad untuk menunggu. Sebaik didaftarkan masuk wad.. biasalah dok kelas 2 aje..tp selesa jugak... ada 4 katil.. masa aku masuk cuma ada seorang.. dia pun sama cam aku.. masuk wad untuk bersalin secara induce pada tarikh yang sama dengan aku.. adik tu kerja nurse kat hospital ampang jugak.. tak lama lepas tu masuk plak seorang lagi..masalah dia baby kurang bergerak.. dah tak de benda nak buat, kami pun berborak2 le sesama sendiri.. nurse plak menjalankan tugas seperti biasa dan ikut time... 

memandangkan beberapa malam sebelum di masukkan ke wad, aku memang susah nak tido..kadang2 pukul 4 pagi baru aku dapat tido..kalo tak serba tak kene rasanya... rasanya belum pukul 8 lagi aku dah start melelapkan mata..apa nak buat..nak tengok tv pun x de... baik le tido... tapi dalam pukul 9, doktor datang membuat pemeriksaan. beliau bertanya sama ada dalam masa terdekat ni aku ada buat scan atau tidak.. aku jawab rasanya dah hampir sebulan aku tidak menjalani scan.. so dia mengarahkan aku untuk ke bilik rawatan kerana beliau ingin membuat scan untuk memeriksa berat baby..  Doktor Wong mengatakan baby aku beratnya lebih kurang 3.0 kg sahaja... ermm ok la tu... selepas membuat scan, aku menyambung tido semula... malam ni aku nak berehat..walaupun hati aku tetap teringatkan anak2 terutama kakak yang ketika itu demam...

3/4/2011 ~ aku pun tak pasti pukul berapa tapi ada seorang nurse yang kejutkan aku, katanya kalo ke bilik air ambil sample air kencing dan letak dalam botol yang diberi.

memandangkan aku dapat berehat dengan lama, dalam pukul 6 aku dah terjaga... cuci muka dan gosok gigi bagai.. seorang nurse mengarahkan adik yang dok katil depan aku tu supaya ke bilik rawatan bagi tujuan di masukkan ubat.. tapi beliau tidak mengarahkan aku pergi sekali... dalam kul 6.40 pagi barulah datang seorang lagi nurse menyuruh aku pergi ke bilik yang sama.. ramai jugak yang perlu dimasukkan ubat pada pagi tu... yang ada bersama2 dengan aku menunggu ketika itu tidak kurang daripada 5 orang.. alahai dah menunggu tu lambat pula tuan doktor tu datang... agak2nya dekat pukul 7 barulah doktor sampai.. kami pun bergilir-gilir masuk... sampai giliran aku (aku rasa aku yang no.3 kot) doktor membuat pemeriksaan untuk memastikan berapa bukaan jalan untuk bersalin ketika itu. doktor mengatakan jalan aku dah terbuka 2cm.. jadi dia cuma masukkan satu sahaja ubat. kata doktor kalo dah buka 4cm nanti baru boleh masuk ke dewan bersalin.. pesan doktor dalam tempoh sejam.. tidak boleh makan atau minum serta tidak boleh buang air..cuma berbaring sahaja kat katil. sambil menunggu tempoh sejam aku sempat la jugak melelapkan mata.

Lepas tempoh sejam barulah aku bangun. Cuci muka dan mengambil sampel air kencing. Ketika aku ke bilik air aku terlihat kesan darah pada panties. Aku beranggapan itu kesan pemeriksaan doktor tadi.. Masa menyerahkan sample air kencing, aku memberitahu nurse ada darah yang keluar. Nurse menyuruh aku memakai pad. Kalaupun dia tak suruh memang aku akan pakai pun...  Sarapan aku pagi tu, bihun sup.. Nampak sedap..tp ya ampun... mentang2 le aku ni kene diet kurang garam..sedikit pun tak de rasa masin... huhuhu..nasib le... tapi aku telan aje.. sejak anak kedua dulu, kalau di admit ke wad, aku tak memilih sangat makan. Apa yang diorg bagi aku makan aje... sedap tak sedap tu belakang cerita... yang penting perut aku tak lapar.. Nurse datang bagitahu tak lama lagi doktor pakar akan datang membuat pemeriksaan. Selesai makan, baru aku pergi mandi. 

kali ni doktor yang datang adalah perempuan. Nama dia aku tak pasti..kalau tak silap doktor Wan.. Wan apa aku tak tahulah.. Doktor Wan juga seperti Doktor Wong bertanyakan jangkaan berat baby. Aku memberitahu beliau seperti yang dijangka oleh Doktor Wong malam tadi. Kenapa doktor sibuk pasal berat baby aku?? sebab aku ni ada kencing manis la kononnya... biasanya anak kepada pesakit kencing manis ni besar. Doktor Wan membuat agakan, katanya berat baby aku di antara 3.2kg -3.4kg... Masa tu aku dah start rasa sakit-sakit dah... tapi belum kuat lagi... selepas doktor pergi, barulah hubby aku sampai. Dia bawak mee goreng dan kuih cek mek molek..padahal aku pesan dengan dia nak makan karipap. Huhuhu... 

Dalam keadaan aku yang semakin kerap sakit tu, aku sempat menjamah mee goreng yang hubby aku bawak tu. Bukan apa, aku bimbang tak sempat nak makan. Lepas pada itu, aku semakin menggelisah. Perut aku semakin tak menentu sakitnya. kata nurse kalau contraction 10 minit 3 kali beritahu mereka.. tapi aku rasa sakit aku ni dalam masa 5 minit pun dah berkali-kali rasa sakitnya. Oleh kerana rasa sakit yang semakin kerap aku jumpa nurse untuk membuat pemeriksaan bagi mengetahui berapakah bukaan jalan yang terkini. kebetulan ada seorang doktor, dia telah membuat pemeriksaan dan mengatakan bukaan baru 3cm. Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 11.30 pagi. Doktor tersebut memberitahu pukul 1 nanti doktor akan membuat pemeriksaan sekali lagi. Aku semakin resah.. sakitnya hanya tuhan yang mengetahui.. pesan nurse jugak untuk memudahkan jalan terbuka jangan baring sahaja bawak berjalan-jalan.. aku berlegar-legar di dalam bilik saja. Aku juga diberikan ubat untuk membuang air besar. 

hidangan tengahari telah sampai. waktu tu dalam pukul 12.15 tghari... aku pulak sekejap baring sekejap duduk.. hubby aku menunggu di luar wad aje.. aku msg kt dia suruh dia masuk kul 12.30 nanti.. kebetulan hari tu hari ahad..jadi waktu melawat bermula daripada pukul 12.30 sehingga ke pukul 7 malam... dalam pada sakit-sakit tu aku gagahkan jugak untuk menjamah makanan.. sebab aku takut kalau aku terbersalin dalam masa yang terdekat ni aku tak de tenaga... masuk aje suapan yang pertama, perut aku semakin sakit... berhenti jap.. rasa cam ok suap plak kali ke 2... sakit datang balik...aduh kali ni dah tak leh tahan dah... terus je bagitau kat nurse cakap dah sakit sangat.. nurse check katanya dah bukak 5 cm... terus je prepare untuk tolak aku pi labour room... yang aku ni plak nak bangun dari katil tempat nurse tu check pun dah tak larat sampai kene nurse tu bangunkan aku.. dia suruh aku tukar baju yang ada tali kat belakang tu.. dia pesan ambil baju ngan pampers baby.. masa nak ambik barang2 tu semua air mata aku dah meleleh-leleh sebab sakit sangat.. adik depan aku tu tanya dah berapa cm?? aku cuma mampu tunjukkan jari aku je...  cecepat masuk bilik air tukar baju..call hubby aku..time tu menangis dulu baru dapat cakap.. hahaha teruk jugak kan... dia kata sekejap lagi nak naik tengah hisap rokok...adoiii.time aku cenggini sempat lagi hisap rokok..sabor je la.. aku cuma pesan ngan dia tolong kemaskan barang2 aku seme. tak larat nak pesan panjang2..sakit sangat dah...

nurse terus je tolak aku ke labour room.. aku dapat bilik yang ke 10..kebetulan masa tu labour room penuh.. nurse suruh naik atas katil.. huhuhu...nak naik atas katil tu pun aku rasa sungguh menyeksakan... sebaik je baring aku rasa macam dah nak meneran je... nurse tu suruh tunggu sebab baru 5cm... dia sibuk nak pasangkan mesin CTG nak dgr jantung baby... sakit datang lagi... kali ni aku ikut je kalau baby nak keluar pun biar lah... sib baik dalam pada tu air ketuban aku pecah... bila aku cakap sakit nurse tu suruh aku sedut gas. sekali je aku sempat sedut... pastu aku cakap ngan nurse tu aku dah rasa nak terberak dah ni... 2 kali aku cakap camtu dia terus panggil staff nurse kat situ.. staff nurse tu cakap awak nak teran teran aje laa... dia suruh aku pegang 2-2 kaki dan teran... kali pertama tak berjaya... dia cakap awak tolong saya, saya tolong awak... dalam begitu begini aku cuba jugak meneran dengan sekuat hati dengan bantuan staff nurse tersebut.. tetiba je aku rasa macam sesuatu dah keluar membuak2... Alhamdulillah, baby aku dah selamat keluar dengan berat 3.2kg.. masanya terlalu pantas.. aku perasan aku masuk kat situ dalam kul 1 lbh skit.. tapi waktu baby selamat dikeluarkan adalah pada pukul 1.17 ptg.. nurse yang hantar aku tadi sedikit panik.. sebab dia tak sangka kene tengok aku bersalin..hahaha...dia seriau sebenarnya... lepas je baby aku keluar cecepat dia balik ke wad... staff nurse tu letakkan baby atas aku... masa tu airmata aku meleleh lagi... syahdunya bila tengok muka anak aku..walaupun dah no.3 tapi tetap touching.. kulit macam kakak, muka pulak macam kak yaya... sempat jugak aku membebek jari -jemari anak aku. alhamdulillah semenya lengkap dan sempurna...anak aku diambil oleh seorang nurse untuk dibersihkan..sementara itu nurse mengeluarkan darah2 yang masih ada di dalam perut dan kemudian luka aku dijahit.. ya ampun, sakit dik non..walaupun hanya luka sedikit di kulit tapi nurse tak bius pun..katanya tak boleh bius sebab yang koyak cuma kulit luar.. menggeletik gak aku sikit masa nurse tu jahit... 

selepas baby dibersihkan dan aku siap di rawat barulah hubby aku masuk.. dia mengqamatkan anak kami.. doktor membuat pemeriksaan yang terakhir.. setelah berpuashati beliau mengarahkan supaya aku di bawa ke wad 4C pula.. kalau tak silap aku ketika itu jam baru pukul 2.40 ptg... dengan ber'wilcha' aku ditolak ke wad bersama baby.

Perghhh...rasa cam mimpi pulak... ini lah masa yang paling sekejap aku berada kat labour room... pengalaman semasa bersalinkan kakak dulu aku masuk ke labour room pukul 9 pagi dan keluar dalam pukul 5 ptg.. manakala semasa bersalinkan kak yaya pulak masuk ke labour room kul 4.30 pagi dan keluar pukul 10 pagi... yang ni masuk kul 1 ptg...kul 2.40 dah keluar...

aku dan baby masih dalam pemantauan... so malam ni malam kedua aku kene bermalam di wad... mungkin sebab dah ada pengalaman... aku tidaklah rasa tertekan sangat bila baby menangis ke apa..setelah berehat seketika.. aku gagahkan diri menguruskan diri sendiri... 

4/4/2011 ~ hari aku jadi sedikit tension..bila doktor mengatakan aku sudah boleh keluar wad.. tapi nurse sibuk tanya samada baby aku dah kencing atau belum...sedangkan baby dah buang air besar berkali2... sehingga baby aku di bawak ke bilik pemantauan... lama jugak anak aku di bawa ke situ.. sampaikan aku risau juga..tanya kat nurse..dia kata nanti diorg akan hantar baby aku sendiri... dlm kul 3 lbh hubby aku datang hantar barang keperluan untuk aku dan baby.. masa tu belum tahu lagi baby dah kencing atau belum..dah dekat kul 4 barulah nurse hantar anak aku... dia bgtahu baby dah kencing so petang nu boleh discharges... yahoooo...seronoknye...cecepat aku msg kat hubby bgtahu... dia pun naik semula untuk berkemas barang-barang aku dan uruskan semuanya perkara sebelum discharges...

Seronoknya dapat balik ke rumah.... Baby baru ini aku dan hubby sepakat untuk menamakan dia NURUL NASRIN QASHRINA.. yang bermaksud cahaya bunga istana.  Dengan kehadiran 3 puteri maka lengkap sebuah kerajaan milik aku dan hubby... QISTINA=keadilan, QAISARA=permaisuri dan QASHRINA= istana.... insya-allah, semoga puteri-puteri ibu dan abah akan membesar menjadi anak yang solehah dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.. AMIN.....