" Cinta itu ada masa pasang dan surutnya. Cinta juga akan pudar ditelan waktu. Namun Kasih dan sayang tidak mungkin akan berkurangan biarpun waktu kian berlalu "
Isnin, 12 Oktober 2009
Aku yang Telah Kembali.....
Alhamdulillah... setelah menjalani 'percutian' selama 4 bulan akhirnya aku menjejakkan kaki semula ke ofis.
Sepanjang 4 bulan ni mcm-mcm peristiwa lah yang berlaku... Ada suka, duka, pahit, manis dan mcm2 ler...
mak aku skrg tengah menjalani rawatan radioterapi di hospital Kuala Lumpur... alhamdulillah kesihatan dia bertambah baik... yang buat aku susah ati skang tok ki aku ( ayah mak ) pun tgh tak sihat... dan keadaan wan aku ( mak arwah ayah ) bertambah uzur keaadaanya... sedih aku tgk keadaan wan aku...
Walaupun dah hampir 2 minggu, otak aku masih blank untuk menulis semula di blog... hakikatnya byk benda yang nak aku ceritakan... keje-keje kat opis pun masih blum di mulakan.. ( yang ni bukan masalah dari pihak aku... tetapi kerana ketiadaan tuan pengarah. )
mungkin jugak ke'blur'an aku ketikan ini adalah disebabkan byk makan nasi impit, nasi beriani kot... ada makan2 peringkat seksyen... ada jamuan untuk jabatan.. ada yang jemput datang ke rumah...
Sepanjang aku mula kerja kembali ni, opis dah sibuk ngan aktiviti sukan utk pesta sukan ukur semalaysia pada bulan disember nanti... sibuk ngan latihan, sibuk ngan pakaian yang akan di pakai... tempat tingal ler... sib baik lah tahun ni Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang jadi tuan umah...dikhabarkan sukan tu akan berlangsung di UPM...
oklah, aku sekadar update sket jer...nanti insya allah bila otak dah kembali direfresh semula aku akan menulis lagi....
Ahad, 28 Jun 2009
Cara buat duit tanpa modal...cuba le....

Info:
Gold member jika mempunyai 20 ahli direct anda dan akan diberikan $5.00 sebagai hadiah
Membership yang berharga Usd$47-content library yang amat besar
Merupakan ptc yang agak lama bertapak..Diasaskan dari Singapore oleh webmaster yang sangat terkenal disana
Anda akan mendapat email dari emailcashpro dan hanya perlu buka link tersebut untuk beberapa saat dan poin anda akan dikreditkan
Mudah saja ni..
Lagi satu program buat duit tanpa modal...cuba le....

info:
Anda dibayar $0.01 per ads
Anda juga dibayar $0.10 per member yang join
Juga program Free yang sangat terkenal..
Anda akan mendapat banyak iklan setiap hari..
Ada iklan bermakna ada Dollar..Anda hanya perlu klik..
Jadi..daftar la sekarang..Dapatkan Free akaun anda disini!!
Program Free..Tak rugi kalau cuba la...
Jika nak iklan yang banyak..Upgrade la..Baru Usd10/peryear..
Masa saya upgrade tempoh hari..terdapat 176 iklan yang diberikan..
Takat ni baru collect $5.04
Cara buat duit tanpa modal...cuba le....
Ahad, 24 Mei 2009
SUDAH PUN DI'OPERATE'
Rabu, 20 Mei 2009
Update skit lerrr.....
Selasa, 14 April 2009
Kisah Si Permaisuri...
Satu lagi dia ni suka menyanyikan... aku pun tak tau apa yg dia nyanyikan... yg aku perasan dia akan menyanyi penuh perasaan dgn ayat depannya " Aku..... " suara dah ler kuat... mcm2 bendalah jd mangsa untuk dia buat microphone... kabel komputerlah... penyambung vakum lah... Ada satu malam tu aku tanya dia " Adik kalo bunyi.....
1. Lembu - dia jawab " Moooooo... " sambil picit hidung
2. Kucing - dia jawab " Meoww... "
3. Ayam - dia jawab " Kok kok..kok kok.. "
4. Dan yang last, burung, tahu dia jawab.... kakak tua.... eecum..eecum (letcum..letcum) ulalaa....
Puas aku menahan nak gelak.... hai loyar buruk punya anak... aku dah ajar dia, kalo bunyi burung tu cip..cip...cip...
dekat pasaraya dekat umah pun leh posing lagi...
diorg berdua nie.. pandang jumpa benda alah nie... mesti xcited... dr jauh dah menjerit.
Qaisara ni kulit dia mmg agak gelap ler berbanding ngan kakak.. tapi ramai org ckp dia cantik... especially org cina... seme org cina ckp dia cantik.... rambut keriting dia tu seme dah org kabo cantikk.. hihihih hairan plak aku... bdk yg tak mo sikat rambut ni yg org puji cantik... ala.. sebenornya aku pun tumpang bangga org cakap anak aku cantik.. mueheahaha.....
p/s : mak aku masih lagi kat wad.. minggu sampai pembedahan nanti...
Isnin, 13 April 2009
Bila Aku Di Uji....
Doktor mintak, aku sediakan satu GL untuk mak aku masa wat operation nanti... so stlh bincang ngan hubby, aku ambik keputusan utk balik kg pada hari Jumaat (3.4.2009) dan balik semula ke seremban pada hari sabtu. sbb niat hati nak masuk kat pasar tani pada hari ahadnya... gitu-gini sampailah aku sekluarga hampir tgh malam... besoknya badan mmg letih ya amat tp apa boleh buat... tp kene kuat semangat... siapkan semua barang2.... dan bersedia untuk pi berniaga...
Abis jer waktu berniaga, hp aku biasa ler... wat hal... bateri kong ler.. apa ler... so otw aku balik aku tumpang keta atie, pasal keta aku dah penuh ngan khemah seme bagai.... hubby aku tipon ada aku yang angkat sbb bila tgk nama hubby, atie suh aku angkat... hubby kata call kutan, mak masuk hospital pasal pendarahan....
Hubby kata siap kemas2 barang nanti kita blk kg... aku rasa bertuah sbnrnya dapat hubby.. sbb kalo bab2 camni dia tak pernah berlengah2... ye lah kalo dia jenis yg sambil lewa aku nak kata apa, sbb bkn aku yg drive.... tp alhamdulillah... memandangkan badan penat tok sah kata lah... aku mmg kesiankn hubby.. dia kata bukan awak yang drive.... ambik adik aku kat UKM bagai.. akhirnya hampir kul 6 pg aku sampai kat kg...
waktu melawat tghari barulah aku berkesempatan melawat mak aku... masa tu dia dah dimasukkan darah... Nampak mcm ok lah... ye lah keadaan kat hospital temerloh ni agak selesa.. pada mulanya aku nak masukkan mak aku kat Wad Kelas 2 tapi aku rasa biarlah mak aku dok kat katil tu... bukan apa katil tu dekat dgn nurse.. apa2 yg berlaku nurse /doktor bleh nampak...
Pada hari selasa ( 7.4.2009)... mak aku di masukkan darah utk kali kedua... masa waktu melawat belah ptg tu mak aku baru sahaja dimasukkan darah... keadaan dia masa tu nampak dah mcm ok... tp kira2 15 minit lg nak ke pukul 7 mlm... masa tu mak aku baru kluar dr tandas.. sakit perut... dia ckp ngan adik aku sejuk.. suruh adik aku selimutkan kaki dia... tetiba mak aku menggigil tak boleh nak kontrol.. dia kata sejuk sgt... masa tu aku ngan adik mmg kelam kabut... mulanya nurse wat muka bangang jer.. tolong2 tu tolong ler tp alahai.. terhegeh2... bila dah nampak mak aku makin beria barulah terhegeh2 nak panggil doktor.... mmg semuanya rasa tak kene... urut sini salah... picit sini salah... mak aku dah mcm tak tau nak kata mcmana sakitnya... masa tu hanya dia yang tahu.... sesak nafas semuanya ada... begitu-begini setelah doktor dtg... akhirnya mak aku berhenti dr gigil tu.... Ya Allah, siannya aku tgk mak aku yg keletihan masa tu... lebih kurang kul 8 lbh gak lah mak aku baru ok... adik aku bertanya kenapa mak aku jd camtu pd nurse... nurse tu kata mungkin salah satunya effect dari darah yg dimasukkan tuh... sbnrnya darah yg di masukkan kpd mak aku tu masih lagi sejuk... mungkin badan mak aku tak dpt menerima...
Akhirnya aku seminggu di kg... ye lah, aku ni ada tok ki...yg umur dah banyak dan agak keberatan utk ditinggalkan bersendirian di waktu malam. maklumlah dia dah agak uzur... sehingga ketika aku menulis di blog ni mak aku masih blum lagi kluar hospital... kerana tahap kesihatan mak aku masih rendah lagi... dan kemungkinan pada minggu depan mak aku akan menjalani pembedahan di KUALA LUMPUR....
Sesungguhnya kejadian ini amat menguji aku.... kalo ikutkan hati mmg aku nak dok kg jaga mak aku... tapi memandangkan cuti aku dah tinggal nyawa2 ikan.. so aku kene balik gak ke seremban...
Ahad, 22 Mac 2009
AKU YANG BZ.....
akceli ni kawan baik aku,Ati. Kawan serumah dr bachelor dulu... dia berniaga ice blended.. gerai kami sebelah menyebelah.... aku plak sibuk ambik gambar...
Isnin, 2 Mac 2009
Berjaya......
Bayangkanlah... tido malam dah bleh tak pakai pampers... tapi part tu jer dia mls nak belajar... Camner dia berjaya melalui cabaran tu??? Huh.. memula tu siap bergaduh lagi ngan dia.. tak nak kawan ngan aku la.. apa laa... pastu baik plak .. dalam dia cakap2 ngan aku tetiba perut dia sakit sgt dah kot... aku terus jer ajak pi bilik air...ajaknya mmg dah tak tahan sgt.. so dia berjaya mengeluarkan 'hasilnya'.... aku pun apalagi.. siap bagi puji2an pada... cakap dia pandai lah... budak baik lah... nampaknya hasil pujian aku tu berjaya... skang dgn senangnya dia akan bagitau yang dia nak 'membuang'... Fuhhhh.. lega aku... pampers2 pun selamat lah....
Rabu, 25 Februari 2009
Aku Daaa Serikkkk

Malam tadi aku dan Atie(kawan baik) berkesempatan bawak anak2 pi tengok wayang... citer apa??? cita apa lagi... citer Gang Upin&Ipin ler... tu kan kegilaan anak2 aku... espeacially si Yaya... Kebetulan suami aku pn tak balik...
Ini first time aku bawak diorg.... walaupun tu citer feberet diorg.... cabaran masa dok tgk citer tu tetap ada... seperti yang sedia maklum... bahawa kakak, mmg tidak boleh menumpukan perhatian... setiap saat dia akan bergerak... letih aku nak mengawalnya.... menjadikan keadaan bertambah parah kerana 'botol susu' tidak diseludup sekali ke dalam panggung... itu menyebabkan kakak bertambah gelisah.. dan waktu tidur dia di antara waktu2 begitu2....
Yaya plak mmg tak berkelip matanya tgk citer tuh... tapi mungkin 'sound effect' citer tu agak menggerunkan... tau ajer ler sound kat panggung... sekejap2 dia peluk aku.... aduih.... nak menghabiskan masa 1 jam 43 minit tuh... panggung yang sejuk tu buat aku jadi panas....
Memang sampai ajer ke rumah, kakak dah tak banyak cakap.. hisap susu terus jer tido... tapi yang sorang lagi tu... to be continue... tgk upin&ipin kat cd plak... ntah kul berapa dia tido aku pun tatau.. aku sedar2 pun jam bunyi kul 5.30 pagi....
Moral of the story... Aku dah serikkkk bawak diorg buat masa nie....
Isnin, 23 Februari 2009
'SEEKOR'
Mulut dia tu mmg ada masanya buat aku geram jer... tapi kadang nak gelak pun ada... perkataan yang menjadi habit dia 'bodoh'... yang tu mmg aku rasa nak cili2 ajer mulut dia... dah puas marah, aku bagitau la dia baik2... perkataan tu tak elok.. tapi ntah ler dia paham ke idak.. masa aku cakap dia angguk.. tak lama lepas 5 minit sebut balik...
Yang buat aku nak nak gelak kekadang tu tentang penggunaan perkataan... ari tuh ada sumi jelly kepunyaan dia kat tangan aku... dia cakap, " ibu.. kakak punya kat ibu tu ada seekor lagi kan???"... pada dia, 'seekor' tu menunjukkan satu... Jenuh ler aku explain kat dia... tapi tu lah.. dia angguk esoknya dia cakap macam tu gak....
Insya-Allah, satu hari nanti dia akan faham semuanya tu....
Ahad, 15 Februari 2009
' EKSIDEN'
Baru2 ni.. dr sumber sahih, aku mendapat maklumat bahawa kawan opis aku ( bukan bestfriend ) telah pun peknen... apa la aku ni.. org peknen pun aku sibuk… aku bukan sibuk apa sbbnya lbh kurang +- 4 bulan yang lepas dia baru sahaja melahirkan anak yang pertama.. so korang pk la yea apa yang aku masukkan ‘eksiden’… aku jer yang menggunakan ungkapan tu.. sbbnya aku pun sama pernah mengalami situasi camni… yang mana ‘rezeki’ itu hadir disaat kita belum bersedia….
Sebetulnya selepas aku ada kawan ( kawan yang rapat lah )… aku penah cakap ngan kawan aku nih… kalo blum bersedia cecepat lah cari pendindingnya… ye lah, aku cakap tu pun berdasarkan pengalaman aku.. yang kononnya masa tu tidak mahu menggunakan kaedah perancang keluarga yang disarankan oleh doctor.. kunun2 takut effect macam2… tapi mmg mcm2 pun.. hahahaha.. genap jer si KAKAK 5 bulan masa tu aku disahkan peknen kali kedua….
Masa tu aku mmg teruji btul… susah aku nak menerima situasi itu.. bukan kerana aku tidak suka dgn ‘rezeki’ itu.. tapi aku blum bersedia… masa tu bila aku tgk muka KAKAK mula air mata aku mengalir… sedih sgt aku masa tu… kesian anak aku blum pun puas nak bermanja dengan aku…. Bukan sahaja blum bersedia dari segi mental dan fizikal, tapi juga kerana ‘kewangan’ aku ketika jugak blum stabil.. Memandangkan ketika itu suami aku pun blum mendapat pekerjaan yang tetap dan serasi dengan dirinya. Namun waktu tu btul2 menjadikan aku semakin tabah… dan Alhamdulillah, ketika ‘rezeki’ itu membesar di dalam rahim aku, dia langsung tidak menyusahkan. Kesihatan aku ok cuma ketika itu , aku dikatakan mempunyai kandungan gula yang agak tinggi.. atau dalam erti kata lain Kencing Manis…. Dan sesungguhnya, kata rezeki anak itu mmg ada… selepas kelahiran dia, suami aku berpeluang mendapat pekerjaan yang pendapatan agak lumayan kemudian mendapat kerja dalam sector awam dan aku pulak mendapat kenaikan gaji… sesungguhnya itu lah rezeki….
Berbalik kepada kisah kawan aku tuh… aku pun pernah ckp ngan dia… bukan aku nak sibuk hal dia... kot2 dia tak bersedia kenelah cari pendinding secepat mungkin… sbb kawan yang rapat dgn aku ni pun pernah meluahkan pada aku, dia bukan sedih sbb peknen tapi sbb sedih bila pandang muka anak yang masih kecik tuh…. Dia jwb dia merancang sendiri… so perbualan kami takat itu jer lah… aku sekadar bertanya jer.. dan yang tak best nya... bila peknen.. dia berahsia sgt2.. dan akan menafikan kalo ada yang bertanya... mcm2 alasan dia ckp.. dia nak tipu yang pangkat mak cik2 ni.. cam baya2 aku ni bleh ler dia ckp camtu... kalo dah termuntah2, camner ler dia nak sorok... ari tuh ada akak tu tertanya.. bleh dia jawab dia salah makan... hihihi... aku pun sejak tahu dia peknen ni tak de menyibuk pi tanya dia.. aku buat tatau jer... kalo ye pun jawapan yang beralas ckp jer lah.. insya-allah, kalo ada rezeki... org pun nak pertikai camner lagi.. sbb dah tau mmg ader bapaknya.... akceli, kalo kes ‚eksiden’ camni memula tu kene tahan telinga lah.. mmg ramai yg kaki mengusik... alah..stakat mengusik tu tak ke mana... aku ngan kawan yg rapat, ari tuh selamba jer kene... time bleh kenakan org..kita kene kan balik.. gitu ler... kdg2 bila org tanya, tapi kitaorg jawab mmg btul... Cuma sbb dalam gelak2... org pun tak berapa nak percaya... Dgn yg pangkat mak cik2 ni pun dia jawab dengan jawapan yang menyakitkan hati... org tua2 ni skali pandang pun dah tahu... ye lah, lelama nanti dia nak sorok camner...
Pesanan aku kepada kengkawan, kalo rasa belum bersedia tu, cecepat lah dapatkan pendinding apa yang patut...Dan kalo dah ada tu terima lah dengan seadanya... jgn lah dinafikan hak dia... Buat apa nak sorok2... dah rezeki.. kami semua ni pun bukan tak pernah mengandung.. tak de makna nya jakun sangat kalo dpt tahu org tu mengandung... Biasanya dikalangan geng2 baik aku, kalo salah sorang peknen, apa saja yang teringin, insya-allah akan dipenuhi.... tumpang seronok...
Isnin, 2 Februari 2009
Pi Jumpa Doktor Gigi...
Dalam hidup aku nih... rasanya ni lah kali ke 4 aku pi jumpa doktor gigi... Pertama kali, masa aku darjah 6, cabut gigi geraham... lagi 2 kali masa aku mengandung...ada tampal lubang kecik.. akceli lubang tu doktor kata tu tak lah membimbangkan... tapi doktor dah tanya aku nak buat ker tak.. aku jwb jer lah nak... pehtu yg kali ke 4 smlm ler...
Doktor habaq gigi aku tak de masalah... kat atas pun tak de karang2 gigi.. Cuma bawah jer ada skit jer... sakit tu idak ler.. tapi rasa cam ngilu sikit... budget nak memutihkan gigi jer blum ada lagi.... lenkali nak putihkan gigi plak...
Walaupun patient agak ramai.. tapi masa service ok lah... tak lah begitu lama… doktor ngan nurse layan ok… Tq doc n misi yang comel2 itew…
Selasa, 27 Januari 2009
Cerita Sepanjang Cuti 4 Hari
24/01/2009...
yaya dah buat mcm2 aksi dah... pakai rayban terbalik ni mmg hobi dia
25/01/2009
Aku janji ngan anak2 nak bawak makan roti canai kat kawasan perumahan aku... hubby aku pepagi lagi dah kluar. ada urusan bisnes.. mueheheh..maklum lah sejak 2 menjak ni berjinak2 ngan dunia perniagaan plak.. tunggu punya tunggu kul 10 pg baru anak2 aku bgn... maka terkedek2 ler aku kluar 3 beranak menuju ke gerai roti canai....
Lepas maghrib plak.. hubby nak pi kl.. ambik brg. dia mmg nak ajak aku pi skali.. tapi mengenang karenah anak2 yg mmg tak bleh diam so kene pk 2,3 kali ler... memula tanya adik aku.. dia kata ada keje nak temankan... ntah camner saat2 akhir plak dia kata ok... anak2 bukan main seronot ler berjalan... tapi ye ler bak kata org tiap kali chinese new year mesti ujan.. mlm tu plak mmg dah lama bebenor tak ujan tetiba plak ujan.... nak dijadikan citer plak.. lepas jer tol sg besi... keta we'll cam terlanggar sesuatu.. ntah cam kayu ada..cam besi pun ada.. hubby berhentikan keta kat tepi jalan... check2 aku nampak hubby aku dah pegang kepala.. sah teruk nih... ha ko pecah tayar.. sport rim pun skali ler terkopak... bukan hubbby aku ajer yg kene... tapi masa tu tak kurang dr 10 buah keta yg tayarnya pancit disebabkan oleh 'benda alah' itu.. call ayah cu aku kat kajang suh dia ambik aku ngan anak2 n adik aku bwk balik umah dia... hubby aku plak settle kan keje mengganti tayar.. sib baik ler ada tayar spare..itu pun tak berapa ada angin... mujur jugak masa tu ada sorang pak cik yg sanggup tolong hubby... maka nak dijadikan citernye tersangkut ler aku kat umah ayah cu... hubby plak sorang jer pi selesaikan urusan dia... dan nak dijadikan rezeki plak dpt ler aku merasa lauk pauk kenduri sepupu aku bertunang kat kg mengkarak.. kg belah arwah ayah aku...
26/01/2009
Dalam kul 8 lbh hubby aku sampai kat umah ayah cu... lps b/fast terus jer kami anak beranak balik ke seremban sbbnya ari ni ada tetamu...wah gitu bunyinya.. akceli pada hari ni keluarga sebelah hubby nak dtg ke rumah kami... ni lah baru first time MIL aku sampai ke rumah kami... diorg seme dari melaka ... umah adik hubby aku... aku apa lagi sampai jer kat umah tak menang tangan ler ..mengemas... org dtg umah tak kan tak buat apa2... semalam hubby aku ada beli 2 pek mee segera.. nampak gayanya aku wat maggi goreng jer ler... lbh kurang kul 12 lbh diorg seme sampai... ha ko penuh satu umah.. husih.. mmg meriah.... aku plak kebetulan masa tu baru jer nak menggoreng... seronok aku..sekelipan semuanya selesai... hehehe... ayat biasa ler " tak yah susah2... kitorg dah mkn dah"... dtg umah aku tak kan ler aku nak biarkan diorg kelaparan.. family hubby aku bukannya jenis yg demand.. diorg tak kisah....
kak long dan adik bongsu hubby....
yaya tgh membelek2 mainan yg bakal dirembat oleh beliau
Isnin, 19 Januari 2009
Khamis, 15 Januari 2009
JENJALAN KE KUALA GANDAH.
Last2 kami sampai sana dlm kul 4.30 ptg... ooo rupanya tempat tu tutup pada kul 5 ptg... Ye lah.. kami pun baru first time kan... dapat la gak tgk gajah2 tuh.... anak2 aku bukan main lagi.. ( suka tapi takut) .. Jgn kata anak aku... aku pun sama takut tgk gajah tu.. ngeri aku weh....
So tanya2 ngan pak cik yg jaga gajah tu.. dia kata kalo nak ikut aktiviti bersama gajah... kene dtg awal sket... dlm kul 2 bleh naik gajah.. pastu mandi kan gajah tu... wah! masing2 cam teruja jer... tak per ler pasni kalo nak pegi dah tau ler camner... n boleh berkelah2 gak kat situ...
Cik abg aku... kononnya nak merasa usik gajah... tapi tuh anak gajah jer tuhh....
Khamis, 8 Januari 2009
Lain Yg Di rancang lain plak yg Jadi......
Aiseh... apahal plak aku citer pasai tu ye dak... tak de lah... aku sbnrnya hanya merancang nak ambik AL pada 02.01.2009 ajer... tapi alih2 jer terlajak sampai 07.01.2009... Pasai apa??? Ha tu la.. nak habaq kat hang pa... ptg ahad ari tu aku kene cirit birit... aduih makk.. tuhan ajer ler yg tau camner sakit nya perut aku... dgn keadaan asyik berulang alik ke toiletnya... ntah berapa kali...
Makan apa??? tak tau ler... semua makanan aku masak sendiri... cuma makanan dr luar nya... hubby aku ada beli cendol... nak kata aku melantak cendol tu idak ler... aku rasa dlm segelas jer lah... sbb hubby aku beli 2 bungkus... skit jer yg luak... anak2 aku seme kata tak sedap.. so diorg cuma rasa ajer ler.....
Hari isnin tu aku langsung tak leh nak bangun... siap badan2 semua sakit... sian anak2 aku... kul 2 baru dpt makan... hubby aku lak tak lah cirit birit melarat cam aku... cuma dia cam senak, sebu dan segala mcm.... menggigil2 aku nak masak kan nasi untuk anak2... aku nak makan langsung tak selera.. ptg selasa tu baru ler aku gagahkan jugak pi klinik... hubby aku kata kalo mls tunggu lama pi ler klinik swasta... tapi aku kata tak per la, awal tahun lagi dah amik mc swasta... kang apa plak boss kata... sib baik ler ptg tu kat klinik kesihatan seremban tak berapa ramai... so tak de lah lama sgt menunggu.... doktor bagi aku 2 hari mc....
Korang tau tak... sblm aku kene cirit birit tu.. aku baru jer berangan2... nak menghabiskan teh2 herba yg aku beli yg aku buat koleksi tu... ala...kununnya nak mulakan projek mengurangkan lemak... ha ko alih2 , cash aku dpt.. tak yah minum2 teh....
Masuk keje jer... keje dah menimbun nak kene habiskan... so sampai kat sini jer ler dulu ekkk....