Isnin, 14 Januari 2008

Pengalaman Menjadi Mangsa Banjir...

Aduih laa....dah 2 minggu aku naik keje..maap la..aku lama sgt dah tak meng’update’ blog... mana taknya..naik je keje...sibuk jer memanjang...maklum laa dah ujung tahun... especially sibuk nak isi borang SKT.. Opis aku sampai hari ni masih kelam kabut lagi....

Agaknya korang pun dah malas nak singgah kat blog aku asyik tak ber’update’... ok lah ni aku citerkan skit la pengalaman aku semasa menjadi mangsa banjir tempohari.... sebenarnya sepanjang umur aku ni kira kali kedua la aku pernah berpindah.. kali pertama dulu masa umur aku 10 tahun... tapi banjirnya idak ler sebesar yang kali ni.... masa tu air masuk dalam umah setinggi 4 keping papan jer (umah aku umah kayu) ...memandangkan ketika tu adik bongsu aku baru umur 2 tahun. Kami pindah pun tak lama dalam 2,3 malam jer...pastu banjir dah surut...

Untuk yang kali kedua nih, fuhhhh...sungguh aku tak sangka... paras air dalam umah kayu aku tu jer dah takat dada hubby ( kalo ikut paras dada aku rendah laa )... rumah batu tok sah cakap laa..nampak bumbung jer.... aku dan keluarga mula berpindah semasa paras air dengan lantai umah lebih kurang sejengkal jer... memula adik aku dah cari port kat satu bukit yang agak tinggi dan memang selalunya org kampung aku akan berpindah ke situ. Tapi dalam hati aku risau gak sbb nya aku ada 2 anak kecik... hubby ngan adik aku daripada isnin (9/12/2007) tu dah sibuk angkut barang2 untuk diletakkan ke tempat yang lebih tinggi. Malam selasa tu family aku dah tak senang nak tido dah..espeacilly mak aku.. air masa tu naik dengan cepat.... semua dah sibuk pack2 kan barang2... bekalan eletrik dah terputus...begitu jugak dengan bekalan air...

Hari selasa... ketua kampung aku datang melihat keadaan penduduk kampung... dia jugak arahkan supaya kitaorg berpindah secepat mungkin... pusat pemindahan banjir yang telah dibuka untuk penduduk kampung ialah di SEKOLAH KEBANGSSAN CHENOR... sib baik la..sekolah tu ada bangunan yang bertingkat... dalam kul 11 lbh keluarga aku start berpindah ke sekolah tersebut... ketika itu hanya di tingkat 4 sahaja yang masih kosong... setelah dapat bilik...aku dan hubby pun mengemas bilik darjah untuk keselesaan kami...
Menjelang petang bilik kitaorg ditumpangi oleh keluarga daripada kampung lain...

Memula pindah sehingga hari ketiga bilik air di tingkat 4 tidak dibuka...setelah beberapa hari baru jaga sekolah dapat mencari kunci bilik air tersebut... masa tu longgar rasa lutut berulang alik turun ke tingkat 3 untuk mandi, mengambil air untuk di masak serta mencuci pinggan mangkuk dan pakaian... kebanyakan kerja2 tu aku yang buat...mak aku bukannya larat sgt nak turun naik tangga....

Setelah beberapa hari di pusat pemindahan bekalan air daripada tangki sudah kehabisan... terpaksa la kami menggunakan air banjir tersebut...udah ler nak mandi dan segala macamnya kami kene turun ke tingkat yang paling bawah sekali.... ya allah penatnya tok sah cakap laa... jgn harap laa waktu siang tu aku dapat aku abiskan dengan berehat2... kalo tak buat kerja, kene melayan kerenah anak2 aku... rasanya kalo bleh malam jer...terus rasa nak terbongkang tido...

Alhamdulillah...dalam susah tu ader gak la senang nya... segala bantuan yang kami dpt … bukan aku nak berlagak laa..tapi family aku dah biasa menghadapi situasi banjir… kalopun tak besar, banjir kecik pun pasti menjejaskan gak laa... jadi setiap kali musim tengkujuh family aku dah buat preparation... terutamanya makanan asas mcm beras, gula, garam serta serba sedikit makanan kering lain... dah duduk ramai tu ada gak la sore2 sumbang mengatakan kitaorg dpt bantuan lebih.... antara bantuan makanan yang kami dapat seperti beras, ikan sardin, tepung, gula, minyak, gula dll keperluan asas.... memacam ragam la yang dapat tengok gelagat manusia semasa di pusat pemindahan… ada yang saja2 pindah kat situ semata2 nak dapatkan bantuan walhal rumah dia tak tenggelam pun, ada yang bergaduh sbb tak adil dlm pembahagian bantuan (bkn bilik aku) dan memacam hal lah…

Keperluan anak2 pun terjaga... ada bantuan pampers dan susu. Byk gak la anak2 aku dpt stock susu. Selimut pun kitaorg dapat… sehelai seorang untuk org dewasa…

Baru2 ni aku balik kg... sedihnya aku tengok keadaan kg aku… apatah lagi menengok rumah aku..yg masih berlumpur… lumpur2 pun dah nak naik kering…. Masing2 bernasur2 la..mengemas rumah… mak aku tak sudah2 membasuh kain baju yang tenggelam tu.. alhamdulillah.. kebanyakan peralatan letrik umah aku masih boleh berfungsi lagi.... banyak jugak barang2 especially buku2 tak dpt diselamatkan. Dalam sibuk pack2 barang tu ada gak barang2 penting adik aku tak diambil. Nak buat camner...

Alhamdulillah...Penduduk kampung pun dah memulakan aktiviti harian semula.. Majoriti penduduk kampung aku menoreh getah... kalo boleh...aku tak mo dah mengalami situasi sebegini... ye laa...namapun bencana alam...semuanya kuasa tuhan untuk menguji hambanya... Sehingga ke hari ini, masih ada bantuan yang org kampung aku terima termasuk family aku la.. Penduduk kampung jugak telah di beri borang bagi menyenaraikan segala harta benda yang telah rosak... tapi yang paling aku tak tahan.. ada gak yang claim kerosakan pakaian sampai rm8000.. muahahahaah....memacam laa manusia nih.....





p/s : maap la..tk dpt nk upload byk2 gambar... kerja asyik tergendala jer.. nak siapkan n3 ni pun byk benar halangannya. dan untuk pengetahuan semua...mungkin lama lagi aku nak masukkan n3 baru.. ini kerana opis aku terlibat dengan pertukaran kerusi dan meja baru...maklumla vendor baru....

6 ulasan:

  1. salah satu kenangan tu...

    tp kesianlah kat mangsa banjir...

    harap2 lepas x de dah banjir...

    BalasPadam
  2. kenapa ada orang yg nak ambik kesempatan masa orang lain tengah susah kan.
    pelik lah....

    BalasPadam
  3. emmm...aku pun balik kg sedihnya tengok kg kita....rumah aku....lepas ni mintah tuhan jauhkanla dari bencana semacam ini lagi....tak dapat aku lupakan betapa aku susah hatinya masa banjir tu berlaku....kesiannya umah....kesiannya barang-barang....apapun..tuhan menguji pada hambanya yang dia sayang....

    BalasPadam
  4. kira kemas jugak la tempat korg pindah randah ni yerr...aku bayangkan rebu cam hape...hehehe, selesa la tuuu...weii, nak nengok gambor tawin aku, masuk ler blog aku nanti yer...gambar2 korg ader kat album aku...nanti2 cuti aku bwk la balik kg, 10hb Februari ni kenduri kat kg...balik la yerrr...

    BalasPadam
  5. Leh bayangkan betapa tak selesa duk reramai kat penempatan sementara mangsa banji tuh ek...

    BalasPadam
  6. mama ranggie : btul tu mama...kenangan yg pastinya tk dpt dilupakan....

    cikdinz : tu la cik dinz..tk semua org ikhlas...

    puterisatu : mudah2an lepas ni tk de la banjir camni lagi..

    RM : susah payah laki aku mengemas... lagipun bukan semua brg kami angkut kat situ...

    nbk466 : mmg tak selesa.. tapi nak wat camner....

    BalasPadam