Ahad, 18 November 2007

Pergi Yang Takkan Kembali....

Jumaat lepas (16/11/2007 )...lebih kurang pukul 11.10 pagi..aku terima panggilan daripada opismate ( berlainan seksyen ), kak shila mengatakan yang mak kawan baik aku, Fara telah kembali ke Rahmatullah... Innalillahwainnailahirojiun.....

Akceli, mak Fara dah 2 minggu di masukkan ke wad icu.... kerana jangkitan kuman dalam darah... mak fara sebenarnya memang dah lama dah ada masalah ngan jantung dan darah tinggi... pastu adalah sakit2 sampingan.. masa dalam icu tu keadaan mak dia tak menentu...bila dah agak stabil, balik semula tak stabil...begitulah dalam tempoh 2 minggu tu...menurut doktor, bergantung kepada kekuatan mak dia untuk terus hidup... memang sedih la masa aku melawat mak dia kat hospital dengan wayar2...

Pada pukul 9.30 pagi...ketika turun minum di kantin aku terjumpa Fara...aku pun tanya pasal mak dia...sempat gak dia bergurau, mengatakan asyik tanya pasal mak dia jer..pasal dia tak nak tanya.. daripada muka dia dan jawapan dia,, aku dapat merasakan yang mak dia semakin sihat... sbb hari sebelumnya mak dia dah hemodialisis (btul ke tak ejaan nya nih).. tapi Allah lebih menyayangi mak dia... bila dengar berita tu lemah lutut aku...daripada cerita ayah fara, semangat mak dia mmg jatuh memandangkan kebanyakan yang masuk ke icu akan menghembuskan nafas di situ... tu yang menyebabkan tekanan darah menjadi rendah...

Bersama2 kengkawan, aku sempat lah menziarah arwah mak Fara di bilik mayat hospital.. masa tu keluarga Fara tgh tunggu van jenazah drpd kampung dia... sedih..sebak..semuanya ada..lebih2 lagi ketika tu 2 orang adik Fara menangis sambil berpelukan... tentu saja dapat aku merasakan apa yang diorg rasa...sbb aku dulu pernah sama2 kehilangan tok (nenek) setahun lebih yang lalu... mak aku penah kata...hilang mak lebih lagi drpd hilang ayah..sbb mak lah tempat segala-galanya untuk mengadu dan meluahkan... aku harap Fara tabah untuk menghadapai dugaan ini...
Banyak hajat Fara yang di cita2kan bersama Mak dia tidak sempat untuk dipenuhi... Al-Fatihah.. semoga arwah mak cik Fatimah di tempatkan di sisi orang2 yang beriman...



fara dan anak2 aku

7 ulasan:

  1. al-fatihan wat arwah mak fara, daripada dia tersiksa lebih baik tuhan amik dia awal...moga2 fara kwn ko tu tabah menempuh ujian ni....hikmahnyer pasti ader, tu memang dah ketentuan tuhan....

    BalasPadam
  2. takziah buat fara...semoga bonda nye ditempatkan disisi org2 yg beriman...

    BalasPadam
  3. takziah utk fara ..al fatihah buat insan2 yg telah kembali ke rahmatullah .. semoga kawanmu fara tabah dan redha menerima ketentuan dr Ilahi ini ..

    BalasPadam
  4. RM, m.ranggie & yatie : mudah-mudahan fara dpt menerima dengan redha akan ketentuan daripa ILahi... dan tabah menghadapi...

    BalasPadam
  5. takziah buat fara. semoga tabah menghadapi.

    BalasPadam
  6. cikdinz : mudah-mudahan begitu laa cikdinz

    BalasPadam
  7. alfatihah...mak aku pun penah kata cam tu...sebab mak aku pernah rasa kedua-duanya sekali....meninggalnya atok aku...mak aku kata..lebih terasa dari kehilangan ayah...rasa hilang segala tempat bergantung harap..tempat mengadu...rasa tak de apa didunia nih...

    BalasPadam