Khamis, 27 Januari 2011

JOM MAIN MASAK2 : SUP KERANG

Biasa orang buat kerang rebus.. Ha tp mak aku buat sup kerang... akceli makanan ni mak aku dh ajar sejak aku kecik lg... aku pun tk tahu kt mana mak aku dpt resepi ni..dia kata dia dpt resepi ni masa dgr radio zaman muda belia dulu laaa... setakat ni aku blum penah jumpa lg la resepi ni di mana2 kedai... x tahu la plak kalo ada...

ala...cara nak membuatnya senang je... sebenarnya sblm ni mak aku mmg dh ajar dh..tp ntah le, aku lebih senang mkn yang mak aku masak drpd aku mencuba sendiri..sampai la ke satu tahap giliran anak2 aku plak jd penggemar sup kerang... huh, aku dgn senang hatinya memasak untuk diorg... kalo x selama ni asyik hangat2 tahi ayam je..jenuh tny resepi ngan mak..tp haram aku membuatnya pun... tp bila anak kata seda dan nk makan...dan2 tu jugak aku menjadi pandai..tk pyh dh nk call mak tny cmner nk buat....

so kt sini aku sediakan resepi sup kerang tu.. kot2 ada sapa2 nk memcubanya...


Sup Kerang


RESEPI SUP KERANG


1 kg kerang  - bersihkan . untuk membuang lumpur2 di dlm kerang boleh la rendam seketika.
2-3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2-3 biji cili padi - tumbuk. sekiranya inginkan rasa yg lebih pedas boleh tambah cili tersebut ikut selera anda.
sedikit halia - tumbuk
serbuk kari  - 2 sudu makan
sup bunjut
garam
gula
sedikit minyak untuk menumis.
air secukupnya.

Bahan lain :

kacang tanah - goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
mentimun - hiris halus
daun sup dan daun bawang - hiris halus.

CARA-CARA MEMASAK.

1.  Panaskan kuali/periuk. Masukkan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga agak garing.
2. Kemudian masukkan air secukupnya. Masukkan serbuk kari dan sup bunjut. Biarkan sehingga mendidih.
3. Setelah mendidih masukkan kerang yang telah dicuci bersih. Masak sehingga ada kerang yang terbuka dengan sendirinya.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sekiranya suka bolehlah ditambah dengan sedikit perasa a.k.a ajinomoto. Sekiranya rasa telah mencukupi biarkan seketika kemudian tutup api.
5. Hidangkan bersama kacang tanah yg telah siap ditumbuk, mentimun dan juga daun sup serta daun bawang .

SELAMAT MENCUBA

gendang gendut tali kecapi kenyang perut sukahati... hehehe....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan