Jumaat, 14 Januari 2011

KISAH MASYARAKAT : KISAH SEORANG PAK CIK TUA....

Aku nak kongsikan ngan korang tentang kisah seorang pak cik tua. kejadian ni sebenarnya berlaku lebih kurang 2 tahun lepas.. iaitu sekitar tahun  2009... ketika itu aku masih lagi bekerja di Negeri Sembilan.

Kisahnya begini... Aku dan beberapa orang kawan sepejabat berhajat untuk ke Pasar Tani yang terletak berdekatan dengan pejabat kami. Lebih kurang pukul 10 lebih kami pun menuju ke tempat yang dimaksudkan. Dekat je.. tak sampai 5 minit pun kalau berjalan kaki. Semasa dalam perjalanan menuju ke Pasar Tani tersebut  kami di datangi oleh seorang pak cik tua. Kalau korang tengok memang betul2 dah tua. Sekitar 70 tahun aku agak umur dia. Mata pun dah kelabu.. Kalau sekali pandang memang kesian la kat pak cik tu...

Pak cik tu kata dia minta derma sebab nak buat operation pasal sakit apa tah.. kemudian dia juga siap menunjuk kepada kami beg najis yang biasanya tergantung kt pinggang. Tapi beg najis tu bersih je aku tengok.. Gila ko! sapa yang tak kesian tengok pak cik yang tua cam gitu dok terhegeh2 mintak derma..
Dia bgtahu masih tak cukup beberapa ribu sedangkan operation tu nak dibuat pada minggu depan. Dia jugak cakap dah ramai bagi derma.. biasanya orang bagi rm 10...rm 20..tapi dia cakap ngan derma itu ikhlas je berapa nak bagi pun... Dia juga cakap menteri besar pun dah hulurkan sumbangan... Seorang kakak yang ada ngan aku tu cam tak puas hati la.. bukan dia marah tapi pelik la jugakkan...kenapa seorang pak cik tua dibiarkan seorang diri mengutip derma... akak tu tanya la, tak de sapa ke yang boleh bantu pak cik?? anak2 ke?? kenapa pak cik plak yang kene minta derma... tapi tiba2 pak cik tu macam emosional dengan pertanyaan akak tu.. dia marah2 kt kami..dia kata kalau nk bagi tu bagi je la... jangan la tny mcm2.. kami pun masa tu bukan ada bwk duit byk pun... cuma rasanya antara kami bertiga tu aku le yang ada duit kecik lbh dr seringgit... mungkin adalah dlm rm 5 jugak kami hulurkan pada pak cik tu... Cuma lepas melihat gaya pak cik tu kami jadi sangsi.. kenapa perlu dia marah2 kepada kami...dah le mintak derma... mmg bengang jugak bila diperlakukan camtu...

Selepas balik dr pasar tani, kami pun bercerita lah dengan rakan sepejabat yang lain... dan ada seorang kawan bagitahu dia pun dah penah pak cik tu mintak derma... dengan ayat yang sama.. tapi dah lama dah... oooo...baru lah kami tahu pak cik tu sebenarnya menipu... kejadian tu bukan berlaku ada hari tu... lama2 kami selalu pula terserempak dengan pak cik tu yang sedang meminta2 daripada orang lain pulak... Bandar tu bkn besar mana pun... pusing2 kat situ jumpa jugak...

Aku pun x pasti.. sama ada pak cik tu mmg hobi dia menipu ataupun dia dipergunakan oleh pihak2 tertentu untuk mengaut keuntungan . Tapi aku pernah terbaca dalam satu akhbar tabloid le pasal perkara yang sama.. tapi orang tua itu mengatakan yang dia tertinggal kunci di rumah anaknya... jadi dia perlukan duit untuk buat tambang teksi untuk mengambil semula kunci tersebut... ermmmm....pada zaman sekarang mcm cara yang digunakan oleh orang untuk mengaut keuntungan...sampai org tua2 begitu mereka sanggup jadikan hamba...

Aku harap..kalo korang terbaca citer aku ni.. jgn la korang terus percaya kalo tiba2 korang di datangi oleh seorang warga emas yang mengatakan itu dan ini yang agak tidak munasabah alasannya.. sekali pikir mmg le kesian tapi kalo dh berkali2 kene tu...kesian pun dah jadi sakit hati... perkara yang pada asalnya ikhlas dah menjadi tak ihklas....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan