Khamis, 17 Mac 2011

BURUKNYA KALO BERPRASANGKA....

Mmg btullah tabiat berprasangka ni akan mengundang sesuatu yang tidak baik… ye lah, manusia bila diracuni iblis mulalah timbul mcm2 niat jahat…

Kata org tua kalo bergurau pun berpada2 jugak… tp itulah bila gurauan berlebihan akan mendatangkn padah jugak… mungkin pada yg mengenakan gurauan itu tidak meninggalkan kesan apa2..tp yg terkena gurauan tu kdg2 berbekas juga dihati…

Hubby aku suka menyakitkan hati aku sbb dia tahu kelemahan aku… tp perkara tu lah yg slalu digunakan utk mengusik aku.. org perempuan kalo x cemburu ni mmg tk sah la.. itu termasuk lah aku… kdg2 aku boleh terima usikan atau guauan dia..tp biasalah ada masanya aku jadi sensitive… nk2 plak time aku peknen ni… mmg cepat sgt emo.. pastu mulalah tangkap leleh….

kalo hubby aku g kerja…nk2 keje part time ke apa…aku mmg sanggup bersusah payah..sbb aku tahu dia mencari rezeki utk keluarga.. walaupun aku kene bgn tengah2 mlm ke bersengkang mata ke…aku sanggup… malah aku x kn merungut skalipun… bkn nk kata aku baik..tp bg aku itu tanggungjawab aku sebagai isteri… apa sgt nk dibandingkan dgn aku yg Cuma menjaga keperluan dia berbanding dia yg berhempas pulas bekerja utk mendapatkan sedikit rezeki….

Masa dia ngan kengkawan… ada masa aku boleh bertolak ansur…. Sesekali tu ok… tp kalo dh lebih mmg aku naik hantu la… part aku naik hantu tu x yh le aku kabo kn yak…

Ok lah berbalik kepada citer yang aku nk citerkn td… now my hubby sibuk membantu kwn yg baru je membuka bengkel membaiki kereta… ye lah seperti yg aku ckp kn… kalo benda yg mendatangkn hasil aku x kn membantah…nak2 plak dlm bidang yang dia cukup suka.. Cuma bila ada skit2 dia cite g lepak dlm2 pd tu hati aku dh terpuing skit dh..tp masih blum tahap gaban la.. kira tu boleh buat2 lupa la…

Di suatu ptg selasa nan indah, aku terdgr hubby aku membuat perjanjian dgn seorang sahabatnya bahawasanya pada mlm itu beliau akan melapangkan masa untuk bermain futsal… iaitu kira2 kul 11 mlm.. dan tidak diketahui pukul berapa beliau akan balik ke rumah… ermmmm…. ( dlm hati aku berkata.. ooo main futsal ada plak masa… ngan anak bini???)

Sampai je ke rumah, duduk2 sekejap… mr hubby pn meminta izin utk keluar… perkara pertama tentulah hendak ke bengkel… pastu siap bwk baju spare sbb nk g main futsal plak.. dlm masa yg sama hati aku ni tgh bengkak sbb gurauan berbisa pd sebelah ptgnya… kira2 kalo time tu angguk, maknanya angguk x berapa nk ikhlas la… hahaha…

Mmg slps je kul 11, hati aku ni bernanah je rasanya… gamaknya masa tu berduyun2 setan dok menghasut aku… aku plak sekejap2 pegang hp… konon2 naik taip msg…nk send ayat2 yg menyakitkan hati kwn tu.. tp bila aku taip2 msg aku delete semula… hati aku ni dh bermonolog mcm2 dah… pikir itu pikir ini… seme yg buruk2 je… eiii..setan…setan… ntah mcmana lelama aku tertido le ngan hati yg sebal… tanpa msg itu di send…

Ntah dah kul brape masa tu..Tiba2 aku dgr tingkap diketuk, hubby da balik n suruh bukak pintu… aku pn bgn.. mmg x ikhlas btul rasanya bgn nk bukak pintu time tu… bukak2 je pintu… tada… mata yg mengantuk menjadi segar ketika itu, bila melihat hubby aku balik masih dgn baju bengkel… Ya Allah, masa tu aku tak tahu nk ckp mcmana… buruknya prasangka aku kt dia… pastu yg paling aku rasa ialah bila hati aku dipusingkan oleh Allah utk tidak menghantar msg yg bukan2 itu.. yang mungkin boleh merosakkan rumahtangga aku. Syukur sgt aku masa tu… dlm diam2 aku rasa ada hikmah disebalik semua itu.. cubalah kalo aku btul2 hantar msg masa tu??? Apa akan jadi??? Paling2 tidak pn mesti aku ngan hubby bergaduh… kecik besar tu x tah la…

Dan yg pasti ketika itu, hilang segala kesebalan hati aku, tiba2 aku jadi kesian sgt kt dia… dia bersusah pyh berjaga mlm demi mencari sesuap nasi… ya allah, besarnya dosa aku pada dia… rasa nak meleleh airmata aku masa tu… tp aku hanya diamkan sahaja… dan terus menghidangkan makan pada dia… sebetulnya walaupun aku marah kat dia..tp aku x penah mengabaikan perut dia… kalo pun aku x bangun aku dh sediakan apa yang boleh dimakan… biasanya air pun aku dah standby dalam peti ais…

Mungkin nak mencari seseorang yang benar2 terbaik tu bukan mudah.. aku tidak pernah memaksa dia untuk berubah menjadi sepertimana yang aku mahu… tp aku tetap berdoa semoga suatu hari dia akan berubah menjadi yang baik kepada yang lebih baik..

Air panas kalau ditambah dengan air panas tentulah akan bertambah panas… kalo nak mengurangkan kepanasannya haruslah ditambah dengan ais… kepanasan akan menjadi suam dan akhirnya akan menyejuk….


Tiada ulasan:

Catat Ulasan