Rabu, 1 Disember 2010

AL-FATIHAH

 


 gambar sekadar hiasan

Hari ini, 01 Dis. 2010, aku mendapat tahu bahawa ibu teman sekerjaku, Tun Zuraida telah pun pergi menghadap Ilahi... Secari peribadinya, aku sbnrnya sgt2 terkejut mendengar berita itu.

Sejak bertukar ke KL, aku dan Tun duduk sebelah menyebelah...  Dah duduk sebelah menyebelah namanya, byk jugaklah perkara yg kitorg selalu bualkan.... termasuk masalah kesihatan emak kami... maklumlah mslh mak aku dan mak dia sama... kedua2nya pernah disah menghidap kanser rahim...

Sejak kebelakangan ini, Tun selalu bercerita ngan aku mengenai tahap kesihatan emak dia yang semakin hari semakin merosot... Tun jugak kerap berulang alik ke hospital untuk membawa emak beliau menjalani rawatan... keluar masuk hospital ni dh mcm perkara biasa.. sebagai anak yang pernah mengalami perkara yang sama aku paham apa yang Tun lalui....

Aku tahu disaat ini Tun pasti sedang melalui satu frasa yang tidak mampu diungkapkan bila kehilangan ibu yang disayangi... Cuma aku berharap Tun tabah dan kuat menghadapi dugaan ini... Doa aku semoga arwah ibu beliau ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.... Al-Fatihah.. Sesungguhnya daripada-Nya kita datang dan Kepada-Nya jua kita kemabali...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan