Khamis, 26 Mei 2011

JOM MAIN MASAK2 : CHAR KUEY TEOW..

Yeepiii… musim berpantang telah pun berlalu… ahakss.. moh kite cerite pasei makan pulok…
Kali ni aku nak letak resepi char kuey teow la pulak… kuey teow adalah feberet aku..tak kiralah masak macamana pun.. tapi aku paling suka kalau kuey teow kerang yang dimasak dengan api besar tu. Dulu masa aku memula kerja kat NS, aku telah diperkenalkan oleh kengkawan sebuah restoran cina yang halal. Nama restoran tu RESTORAN HAPPY. Kat situ ada satu stall yang menjual kuey teow kerang yang sangat best. Tapi sekarang tempat tu dah menjadi kenangan je sebab restoran dah tutup.
Akceli, once upon the time, aku letak gambar char kuey teow yang aku masak tu kat dalam fesebuk.. pastu letak pulok gambor budok yang memang hobi dia makan. Memang nampk merioh lee..hahaha.. Budok tu pun memang sejak kecik aku dah sogok dia makan kuey teow… sebab tu dia jadi hantu kuey teow..
Pastu ada lah kengkawan yang nok mintok resepi… udoh aku bagi tapi aku tak buat molek2..payoh pulok kawan aku nok paham.. maka aku gagahkan diri menaip resepi tersebut untuk ditempekkan ke dalam blog..
Ini char kuey teow cara aku lah.. biasalah bak kate omputih practice makes prefect.

char kuey teow....

budak ni memang dia suka makan..hehehe

CHAR KUEY TEOW
Bahan-bahan
1 bungkus kuey teow
15 ekor udang
Sedikit isi kerang ( sekiranya ada)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Sedikit sos tiram
Kicap manis secukupnya
Bahan perasa : garam,gula dan ajinomoto/stok ayam (kalau ikut aku, guna secukup rasa)
Sedikit daun kucai
Taugeh ( dalam 2 genggam )
2 @ 3 sudu besar Cili boh/cili kering
Minyak untuk menumis

Cara memasak :
1.    Ambil 2,3 ekor udang, buang kepala dan kulitnya. ( udang yang selebihnya itu cuma buang kepala sahaja.
2.            Kisar bawang putih dan bawang besar bersama dengan udang yang telah dibuang kulit tadi (isi udang)
3.           Panaskan kuali dan bubuh sedikit minyak. Gorengkan seketika udang sehingga kulit bertukar merah         kemudian angkat. Ketepikan.
4.       Tumis bahan yang telah dikisar. Masukkan sekali cili boh. Pastikan ianya ditumis sehingga betul-betul masak.
-          ( Kulit dan kepala udang jangan dibuang. Kisar bersama dengan sedikit air. Tapis air tersebut dan masukkan sekali dengan bahan tumisan tersebut. )
5.       Tambah sedikit air . Tetapi sekiranya air kulit udang tersebut telah banyak tidak perlu menambah air. Biarkan sehingga mendidih.
6.       Masukkan sedikit sos tiram dan juga kicap manis. Tidak lupa udang yang telah siap digoreng tadi serta kerang.
7.       Tambahkan bahan perasa secukupnya garam,gula dan ajinomoto.
8.       Kemudian masukkan pula kuey teow dan daun kucai. Kacau seketika.
9.       Masukkan telur dan kacau-kacaukan.
10.   Akhir sekali masukkan pula taugeh. Kacau rata dan tutup api. Ini untuk mengelakkan taugeh menjadi lembik.

Extra tip :
1.       Kita juga boleh membuat pes terlebih dahulu. Iaitu dengan menumis bawang besar,bawang putih,cili boh dan isi udang(dikisar) serta air kulit udang terlebih dahulu. Kenapa hendak buat pes?? Seperti yang sedia maklum konsep char kuey teow ini di masak dengan cepat dan terus makan  Kuey teow yang dimasak berair itu mudah kembang. Sekiranya kita ingin menjimatkan masa pes boleh dibuat terlebih dahulu. Kemudian kita boleh memasak mengikut kuantiti berapa orang yang mahu dalam suatu masa. Penggunaan isi udang dan air kulit udang tersebut aku perolehi ketika membaca suatu ruangan dalam internet tentang cara-cara membuat sos char kuey teow.
2.       Jangan masukkan udang atau kerang terlalu lama kerana ini akan menjejaskan rasa udang atau kerang tersebut.
3.       Untuk membuat cili jeruk pula. Sama macam kita makan kat kedai tu,,, caranya :
c
a.       Beberapa biji cili hijau dihiris –
b.      Cuka makan secukupnya
c.       Gula secukupnya
d.      Masukkan cuka dan gula di dalam periuk. Didihkan di atas api kemudian masukkan pula hirisan cili tersebut. Biarkan sehingga cili nampak layu dan tutup api.

Ok lah, Kepada yang berminat selamat mencuba. Untuk pengetahuan, aku pun bukanlah kali pertama memasak char kuey teow ni terus perfect. Berkali-kali juga. Insya-allah, lelama kita sendiri  dapat untuk menjadi masakan itu lebih sedap rasanya mengikut citarasa yang dikehendaki.

               
      
     

Isnin, 23 Mei 2011

SIBUKKAH AKU????




Sibukkah aku?? Jawapannya sudah pasti aku sentiasa sibuk...
bertambahnya seorang lagi keluarga menyebabkan kesibukan semakin bertambah...
tapi dalam sibuk-sibuk aku sempat lagi lah aku menyibukkan diri dgn fesbuk...hehehe..
yg tu paling senang nak meng'update' satatus terkini.... 
Semenjak menjadi surirumah selama 3 bulan ni memang dunia aku disibukkan 
dengan kerja-kerja dirumah yang tidak pernah habis-habis...


budak tecik ni pun dah berumur 1 bulan 20 hr ketika entry ini dibuat... 
dah mula pandai meragam skit2..
pantang aku bergerak mula uk ek..uk ek..
hobi dia bergayut je... kalo boleh nak melekap je ngan aku..
parah kalo aku dh masuk keje nanti..
tp setakat ni dia memang tak banyak ragam langsung...
setakat menangis sikit-sikit tu biasalah..


ini kakak.. tahun ni dah nak masuk 6 tahun.. 
dia memang xcited dengan adik baby...
walaupun dia dah faham
 tapi adamasanya dia buat-buat tak faham. 
pantang lepa skit ada je kerjanya nak mengerjakan si kecik ni...



ini pulak kak ya.. umur kak ya dah masuk 4 tahun lebih dah... 
kira tahap dah puas lah jadi baby ibu..
so faham-faham ajelah bila status anak bongsu
telah bertukar...
walaupun menyayangi adik baby tapi dialah kaki buli no.1
memacam benda dia buat kat si kecik..
tahap baran naga berapi aku bila dia meletakkan bantal LOVE
ke atas muka si kecik...
lain-lain hal toksah cakap..
kadang-kadang disumbatnya jari dia dalam mulut si kecik..
bila hamba allah ni menyonyot je dia tergelak-gelak..
memang dia ni tak boleh lepa...ada je kerjanya...
sekalipun dia dah mempunyai adik dia tetap membahasakan dirinya
sebagai 'ADIK:.....



3 Bunga Di Hati Ibu....
Biarpun masih belum memiliki seorang pun si bujang senang..
tapi alhamdulillah, aku bersyukur kerana
aku diberikan zuriat yang sihat dan sempurna segalanya...
Bunga2 ini penyeri hidup aku..
Bunga2 inilah racun aku...
Bunga2 ini jugalah segala-galanya untuk aku....
Bunga2 inilah membuatkan dunia aku menjadi sibuk....
Bunga2 ini lebih takut melihat airmata aku 
berbanding dengan leteran dan juga kemarahan aku..
walaupun mereka masih kecil tapi 
setiap titik airmata aku amat difahami oleh anak2 ini..

Biarpun kepenatan itu terasa berganda, tapi aku menganggap itu sebahagian daripada tanggungjawab aku terhadap amanah yang telah Allah kurniakan kepada aku...

Khamis, 19 Mei 2011

SELAMAT HARI IBU.. (biarpun dh terlewat)


Bulan mei tiba kembali.. dah pertengahan pun.. aku pulak baru berkesempatan untuk menulis. Sibuk sangat kah aku?? Nanti bila berkesempatan aku akan tulis tentang ‘kesibukan’ aku itu…

Mungkin sedikit terlambat kot.. orang lain dah pung pang-pung pang tentang sambutan hari ibu… tp tak pe la.. aku tetap ucapkan selamat hari ibu untuk semua yang bergelar ibu, emak, mama,mummy,amma, ummi dsb. Kerana kita semua ada seorang ibu.





 Saat yang paling manis aku rasakan ketika kemeriahan sambutan hari ibu ini bila aku menjadi salah seorang finalis Hari Ibu anjuran harian metro. Kalau tak silap aku pada tahun 2008. Aku pun tidak menyangka kerana aku menulis tentang ibu tanpa mengharapkan kemenangan. Mungkin juga rezeki aku pada tahun itu. Harian Metro mengadakan majlis Hi-Tea di Hotel Nikko. Pemenang utama setiap kategori akan diumumkan semasa majlis berlangsung. Malangnya emak aku tidak berjaya menjadi pemenang untuk kategori Ibu Tunggal. Tapi hadiah yang diterima agak berbaloi jugalah bagi penyertaan aku yang sekadar suka-suka ketika itu. Barangan Secret Garden bernilai rm100, set barangan Avon dan juga Baucer membeli-belah di Tesco bernilai RM1500. Dengan Baucer itu aku dapat membelikan beberapa peralatan elektrik untuk kegunaan emak di kampung. Antaranya ketuhar elektrik, Hand Mixer, Blender, Radio, Toaster, Tv (ketika itu digunakan oleh adik aku) dan juga Mesin jahit elektrik (kononnya untuk aku belajar menjahit).. Ketika ini seme yang konon2 diguna oleh kami itu telah pun dihantar ke kampung semula.
Sebenarnya pada tahun ini, aku memang ada menulis juga untuk peraduan yang sama bersama sedikit harapan. Harapan agar menjadi pemenang.. Tapi entahlah ye.. kadang-kadang bila kita mengharap perkara tersebut mungkin tidak menjadi. Doa2kan saya berjaya ye..tapi kalau dah terlepas keputusannya melepaslah nampak gayanya.. L
Ketika ini sebagai seorang anak, aku diuji dengan kesihatan emak. Selepas diuji dengan kanser endotrium, kini buah pinggang emak pula semakin lemah dan hamper gagal berfungsi.. Ya Allah banyaknya ujian Kau hadirkan untuk ibuku…
Dan sebagai seorang ibu pula aku sedang melalui suatu proses yang mana suatu ketika dahulu dilalui oleh emak aku.. iaitu proses mendidik dan membesarkan anak-anak.. Ujiannya juga besar.. kalau aku gagal mendidik dan mencorak mereka mungkin akan berlaku kepincangan setelah mereka dewasa. Aku bukanlah manusia yang terlalu mementingkan kesempurnaan.. Cuma aku mahu apa yang aku sampaikan kepada anak-anak itu mampu menjadi sedikit panduan kepada mereka suatu hari nanti. Mungkin ketika ini mereka bosan mendengar leteran aku… tapi percayalah anak-anak ibu, leteran ibu bukan bermakna ibu tidak menyayangi kalian. Tapi ibu mahu kalian menjadi anak-anak yang berguna. Seperti mana suatu ketika dahulu ibu mendengar leteran daripada ‘tok’ dan ‘moyang’ kalian….