Isnin, 12 Oktober 2009

Aku yang Telah Kembali.....

Salam semua... rasanya masih berkesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya... walaupun dah di penghujungnya...

Alhamdulillah... setelah menjalani 'percutian' selama 4 bulan akhirnya aku menjejakkan kaki semula ke ofis.

Sepanjang 4 bulan ni mcm-mcm peristiwa lah yang berlaku... Ada suka, duka, pahit, manis dan mcm2 ler...

mak aku skrg tengah menjalani rawatan radioterapi di hospital Kuala Lumpur... alhamdulillah kesihatan dia bertambah baik... yang buat aku susah ati skang tok ki aku ( ayah mak ) pun tgh tak sihat... dan keadaan wan aku ( mak arwah ayah ) bertambah uzur keaadaanya... sedih aku tgk keadaan wan aku...

Walaupun dah hampir 2 minggu, otak aku masih blank untuk menulis semula di blog... hakikatnya byk benda yang nak aku ceritakan... keje-keje kat opis pun masih blum di mulakan.. ( yang ni bukan masalah dari pihak aku... tetapi kerana ketiadaan tuan pengarah. )

mungkin jugak ke'blur'an aku ketikan ini adalah disebabkan byk makan nasi impit, nasi beriani kot... ada makan2 peringkat seksyen... ada jamuan untuk jabatan.. ada yang jemput datang ke rumah...

Sepanjang aku mula kerja kembali ni, opis dah sibuk ngan aktiviti sukan utk pesta sukan ukur semalaysia pada bulan disember nanti... sibuk ngan latihan, sibuk ngan pakaian yang akan di pakai... tempat tingal ler... sib baik lah tahun ni Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang jadi tuan umah...dikhabarkan sukan tu akan berlangsung di UPM...

oklah, aku sekadar update sket jer...nanti insya allah bila otak dah kembali direfresh semula aku akan menulis lagi....